Yeah, barang yang aku pesan secara atas-talian (online) hari itu, akhirnya telah tiba di rumah beg duit ultraman, untuk makluman korang, aku order beg duit yang baru, wallet aku kan hilang haritu, tercicir entah ke mana, penat juga lah nak selesaikan urusan kad baru, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kad bank, turun naik pejabat kerajaan, nasib baik ada UTC, semua agensi setempat ! Alhamdulillah, urusan aku di permudahkan oleh Nya. Syukur Ya Allah.

Pattern beg duit kali ini, kembali ke beg duit yang lebih aneh, pelik, murah dan pendek, lain dari kebiasaan. Lepas ini, kalau boleh biar lah berkekalan sampai bila bila.
Barang Yang Di Pesan Telah Tiba

Kondisi dan bentuk dari apa yang aku lihat di online sama dan serupa, sikit pun tak ubah bentuk dan ilustrasi. cuma ini beg duit untuk bayi rasanya, kad bank lebih besar dari beg duit ni, hrmm...

Barang Yang Di Pesan Telah Tiba

Kisahnya, dalam proses mencari beg duit yang baru, tiba tiba terlihat di facebook orang menjual barang barang vintage. nampak je ultraman, terus sambar dan bayar, akhirnya dapat beg ultraman bayi, nak masuk kad pun tak muat. Hampeh..kena tipu.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.