Hari ini sibuk di pejabat, memang terasa penat fizikal tubuh badan dan otak, penat lain macam, mungkin sebab terlalu melihat komputer di pejabat, sampai je rumah, rasa macam mengantuk level tak boleh bawa bincang dah ni, mengantuk, tapi susah nak lelap, bila nak tidur, rasa serba salah macam ada tak lengkap, serba serbi tak kena, mungkin dalam keadaan masih tidak solat, Ah, baik aku solat dulu, takut sambil baring nanti, terlelap, lepas solat nanti bolehlah rehat kan diri seperti malam malam sebelum sama seperti rutin kebiasaan. 

Seperti biasa, rutin di waktu maghrib dan isyak, Si Zeref akan bentang / susun sejadah dan kemas lipat semula selepas solat, tapi berbeza pula kali ni, dia buat perangai, dengan sejadah pun, dia nak jadikan permainan, ingatkan dah lipat, rupa rupanya, eh tengah bergulung gulung dengan sejadah. Bila lihat telatah anak, rasa terhibur dan hilang segala penat..senyum aku malam ini.


Lain macam perangai malam ni

Kalau nak lihat video dia main bungkus bungkus dengan sejadah, boleh lihat aksi aksi dia di instagram saya di SINI . Ada ada sahaja aktiviti dia..

Agaknya, dia boring sebab daddy dan mommy dia terlalu sibuk, maklumlah, keluar pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. sampaikan tiada masa untuk berbual dengan dia, terhibur dan hilang lelah bila lihat keletah anak anak, doakan daddy kaya, hari hari daddy bawa pergi holiday! Sama perangai macam abang nya Qayyum Rayqal, super aktif, terlebih kuasa.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.