Baru baru ni viral kisah sekumpulan 'monyet', ops sorry sekumpulan manusia yang meraikan kebebasan selepas tamat peperiksaan, berpesta meraikan dalam masa yang sama menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Memang meriah kelihatan seolah olah tiada lagi hari esok. Ingat, Masih Panjang Perjalanan Hidup

Selepas ini, korang pasti akan merindui sekolah dan cikgu kamu semua, di sekolah, cikgu ambil berat peduli kamu. Kerja sekolah tidak siap kena tegur, selepas ini korang akan berhadapan dengan alam pendidikan yang selanjutnya di Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, itu kalau layak lah. Di alam IPTA/IPTS tiada siapa peduli pasal anda, dan anda yang menentukan masa depan anda sendiri...tidak buat tugasan bukan masalah pengajar, cukup masa, repeat paper dan bayar sahaja.  Masih Panjang Perjalanan Hidup anda

Kalau tidak bernasib baik untuk melanjukan pelajaran sebab tidak lulus subjek utama, mungkin ke alam pekerjaan sebab bosan belajar lagi, itu belum masuk alam pekerjaan dan alam perkahwinan, so, apa yang seronok sangat ni ? Masih Panjang Perjalanan Hidup


kehidupan baru bermula

Sanggup ya korang terkinja kinja dalam keadaan ekonomi yang tidak baik kini, memang kamu tak merasa pahit, kerana ketika ini, semuanya telah di sediakan untuk kamu...di saat ibu bapa kamu struggle menyekolahkan kamu dan perbelanjaan kamu. Sedarlah, kehidupan kamu baru sahaja bermula, dan lebih tidak bernasib baik, selepas 'bebas' , plan nak berkahwin dengan kekasih sama kelas, aduh parah!

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.