Sukacita di umumkan, segmen bloglist dan banner header tamat hari ini, sehari lebih awal seperti yang di nyatakan sebelum ini . Boleh lihat Sini . Ada berberapa sebab kenapa tamat sehari lebih awal antaranya seperti, nak mengurus anak anak sekolah, awal bulan pejabat sibuk gila, senang cakap, sibuk betul ni..tak menang tangan di buatnya, blog pun tak sempat nak lihat sangat, dan yang paling penting sekali, bila bloglist kosong, susah nak blogwalking rakan rakan dan membaca posting blog rakan. Bosan juga...haha, tu yang kalau boleh biar tamat awal sikit...lepas ni dah boleh jengah jengah rakan dan tinggalkan jejak.  

Alhamdulillah, sambutan agak memuaskan dan tiada target pun sebenarnya dari segi jumlah penyertaan di segmen ini. Memang di luar jangkaan sebenarnya dan 'terkejut' masih ada yang aktif dan setia bersama blog masing masing, bercerita dan berkongsi idea, memberi inspirasi dan terus menulis mengikut gaya masing masing. Teruskan, jangan sampai pupus dan hilang dari radar. Ini lah saluran yang sesuai untuk berkongsi idea, bercerita, berkongsi ilmu dan sebagainya.


Pening bila ada yang cuba nak bercerita dan berkongsi maklumat, tapi salah saluran (channel), di tulisnya dalam twitter, maka berderet tweet post berantai rantai...aduh. Kenapa tidak menggunakan blog ? dan ada juga bloggers yang bila datang sifat 'malas' tapi masih bersemangat waja untuk ber blog, tulis dalam posting blog dia pun, hanya berberapa perkataan, tak sampai 10 patah perkataan. (blog masing masing, pandai pandai lah, suka hati dia lah hihi) Sudah terbalik kah ? blog menjadi twitter, twitter menjadi blog..?


Ok, seperti biasa, seperti yang di nyatakan pada post segmen sebelum ini. (baca sini) bila berlaku 'pertandingan' akan ada yang menang dan kalah, tetapi tidak di dalam segmen safirul amar kali ini. Pengumuman pemenang bagi segmen bloglist ini, ialah ; semua yang menyertai segmen ini, akan di tempatkan di dalam bloglist saya. Korang boleh semak ya, mana yang dalam senarai 20, tetapi tiada dalam bloglist, sila beritahu saya semula. Takut terlepas pandang. Ya semua yang menyertai. Bloglist memang memainkan peranan penting dalam sesi blogwalking.  5 Perkara Wajib aku buat bila mengakses blog sendiri .

Cuma pemenang bagi banner bersaiz 729 px dan 90 px , hanya seorang sahaja di umumkan, ikutkan hati, memang nak letak semua blog di banner header atas blog saya, tapi apakan daya...!dan keputusan di buat melalui random.org. Boleh semak no giliran masing masing di SINI . Seramai 20 peserta yang menyertai dan pemenang nya adalah ,

keputusan segmen bloglist dan banner safirul amar

Inshallah, bloglist akan di masukkan pada hari ini, banner akan mula di hasilkan pada 03 Januari 2019, kepada yang menang header banner sila beri saya emel anda di safirulamar@gmail.com , Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat tahun baru, moga kita terus berhubung dan bersahabat di alam maya. All the best with you all for the next chapter 2020...  

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Tahniah! buat pemilik blog vitaminsyaza.
    Huhuhu... sikit lagi nak kena No 5 tu.
    Apa-apa pun terima kasih penganjur dapat masuk bloglist pun okay dah tu.

    BalasHapus
  2. Tahnia, aktif blog..teruskan usaha ya

    BalasHapus
  3. Tahniah semua pemenang.. eh mama pun akan masuk bloglist juga Kan yeah. Nanti mam
    Masukkan blog safiruldlm bloglist ye

    BalasHapus
  4. Tahniah buat yang menang 😉. Dan tahniah juga buat yang masih aktif blogging. Teruskan berusaha di tahun 2020 ini 😊

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.