banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

20 Desember 2019

Menu Makan Malam Hari Ini

Menu makan malam hari ini simple tapi terbaik dan sedap ialah asam pedas ikan parang, tempe, tauhu goreng, buah buahan, dan bayam brazil. Asam pedas pula style parit jawa johor, cair dan berbeza dari asam pedas Melaka, yang pekat dan pedas..cuma yang terbaiknya, bayam brazil tu tanam sendiri, di belakang rumah...

Seronok bila kita makan hasil tanaman yang kita tanam sendiri...perasaan dia lain macam. Bangga dan gembira bila apa yang kita tanam menjadi dan boleh di makan pula tu. Dari tanam semai pokok bunga raya, baik kau tanam sayur..ada faedahnya..


Menu Makan Malam Hari Ini
Menu Dinner

Pertama kali makan bayam brazil ni, memang sedap ranggup dan berkhasiat..biasanya kalau makan bayam pun , yang jenis bayam merah yang jual kat family store tu. Bila masak air..air nya warna merah, nak makan pun fikir dua kali, haha..tapi bayam brazil ni, memang ranggup. Boleh lah...Alhamdulillah. Syukuri apa yang ada..ini pun dah kenyang.

Biasanya menu makan malam kangkung goreng belacan je, itu pun sedap juga..hihi. Cuma nak beritahu yang asam pedas johor memang terbaik wei , lepas makan boleh hirup...begitu sahaja. Bangga bila ada darah johor sikit...mix melaka-johor, bukan jawa, tapi bugis...hahaha. 

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. Sekarang famos dah bayam brazil ni kan.
    Ada member office jual bayam brazil goreng tepung satu bekas 5 hengget sedap jugak...

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih