Hari ini tak ada mood nak keluar makan tengahari, entahlah, walaupun hati gembira sebab facebook dah tak banned url blog aku, tapi entah la, sejak dua tiga hari ini rasa macam malas nak keluar pejabat, tak tahulah kenapa dan masa berlalu begitu pantas, rasa macam baru datang kerja, bila tengok waktu di jam, terkejut juga, sekejap je dah pukul 3.30 petang, memang cepat berlalu masa sekarang ya, masa sentiasa mencemburui kita, di kesempatan yang tak berapa cukup ni, aku tetap gigihkan diri dan usaha juga lah untuk siap kan kerja kerja melibatkan koding dan rekabentuk design di pejabat, maklumlah esok dah mula cuti krismas,
Biasanya di akhir akhir tahun, memang sibuk gila, banyak perkara yang perlu di selesaikan sebelum tiba tahun baru seterusnya, pening.
Semua benda nak kena siapkan cepat, seperti esok dah nak kiamat, semua keputusan nak kena buat, sebelum cuti krismas, nak kena buat design krismas la, ucapan tahun baru la, itu la ini la, hasil kewangan nak kena input dalam sistem, Kadang kadang migrain bila terlalu memikirkan hal kerja, suka atau tidak, kena siapkan juga, sebab selagi kerja tak siap, takut terbawa bawa nanti di rumah, rosak mood cuti nanti! Kebetulan ada kawan nak ke aeon jusco masa lunch, sempat kirim diorang sotong goreng, minta mereka beli kan, jadi Menu Makan Tengahari Hari Ini, adalah Sotong Goreng.

favourite syafi tu
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.