banner_blog2020 (3) skytech2020new latihanICT

12 Des 2019

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Hidup ini bukan untuk berduka semata mata, kadangkala perlu ada keceriaan dan tak boleh hidup sorang sorang, tu sebab dalam agama pun, kena berpasang pasangan dan jika masih belum mampu berkahwin, carilah rakan yang boleh memahami dan berkongsi cerita, dan kalau diikutkan dari segi sejarah pun, sesuatu tamadun atau individu yang berjaya, kejayaan hadir bukan secara berseorangan, hidup mesti berkawan, dan mempunyai pasangan yang memahami, mesti ada kumpulan atau individu yang membantu untuk merealisasikan impian.

Di ringkaskan, seperti sebuah kumpulan muzik, yang mempunyai ahli yang lengkap dengan posisi masing masing, seperti pemain drum, pemain gitar, pemain bass, di iringi pengetahuan mengendalikan instrumen, maka terhasil lah sebuah melodi muzik yang indah di dengar, seperti juga sebuah pasukan di dalam bola sepak, di bahagikan kepada berberapa peranan, seperti penyerang, pertahanan, pemain tengah, tiada posisi yang lengkap, maka runtuh lah sesuatu pasukan itu. Taktikal itu penting. Murujuk kepada permasalahan melibatkan komunikasi ini, masing masing ada kefahaman tersendiri mengikut apa yang mereka faham...

Situasi ini berbeza di alam maya, kerana di media sosial, kuantiti (bilangan) sesuatu rakan tidak menjamin dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu isu, komunikasi mudah di salah faham, di salah ertikan, situasi yang sepatutnya wajar di tangisi, semua orang mengambil mudah, bagi mereka cukup lah sekadar meletakkan 'sticker' sebagai tanda simpati, contoh nya ikon sedih....di manakah nilai (value) kita ? Ada yang gembira, bila mendapat 'like' yang berlebih lebihan, ada pula yang salah faham apabila tidak mendapat 'like' dari orang yang kita harap untuk 'like' . Tidak 'like' bukan tanda nya orang itu membenci mahupun sebaliknya. Mungkin kekangan masa ? Terlepas pandang ? ataupun tidak setuju ? ingat masing masing ada keputusan, dan tidak perlu menghakimi seseorang di sebabkan isu isu kecil ini.  Life is not to please others, be yourself dan stand on your feet. Kadangkala, kelakar juga bila, masing masing punya hal bila mengenangkan. Terlalu mengambil serius hal membabitkan media media sosial..

Tidak Kenal Maka Tidak CInta
Credit by Google

Gunakan media sosial sebagai akses ke arah kebaikan seperti menjana pendapatan, berkongsi cerita yang elok dan bermanfaat, jangan la pula sebarkan sesuatu perkara yang tidak benar. Kelakar bila mendengar luahan dari seorang rakan, yang sentiasa tertanya tanya akan sikap rakannya, susah nak tidur malam, kerana 'salah faham' dengan rakannya yang tidak komen dan like di status dia...haha. Bagi dia, mungkin kawannya sudah mula membenci dia..aduh, sampai begini tahap pemikiran seorang hamba media sosial. Kan bagus berbalik di zaman 90 an, yang mana pada ketika, tiada media sosial yang semakin menghuru harakan masyarakat, fitnah berleluasa dan salah faham semakin kritikal, tulis lain faham pula lain...

Berpada pada lah di dalam media sosial, jika tidak mampu mengembirakan orang lain, lebih baik berdiam, jangan pula sekadar kongsi maklumat tanpa memastikan kesahihan maklumat itu..ada hati yang perlu di jaga. Itu lah dia...tak kenal, maka tak cinta. Hihi hidup ini tidak lama, dan hanya sekali sahaja, jaga kualiti dalam apa sahaja perbuatan, bersungguh sungguh. Peduli apa orang kata. Life is not to please others, be yourself dan stand on your feet.

Anda Mungkin Meminati :

1 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih