Syukur hari ini, semua urusan kerja di permudahkanNya, tiada apa apa masalah berbangkit, hal yang rumit menjadi lebih mudah, ada sahaja solusi nya, terlintas sahaja penyelesaiannya ,dan dalam masa yang sama, hari ini rezeki murah , dari pagi hingga ke petang senyum sahaja, rakan belanja makan dan minum. Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah. 

Kerja akan lebih mudah, apabila kita memudahkan urusan orang lain, jangan la terlalu 'strict' dengan prosedur, benda boleh ringkas, permudahkan lah ! Jangan di beratkan sangat proses kerja asalkan tidak melanggari etika dan salah guna.

Sandwich rakan kerja belanja
Sandwich Daging

Hari ini, sarapan pagi, makan burger daging, erm bawa bekal harini ke pejabat, sekali sekala, kalau sarapan di kedai, duit kena keluar lagi, hari ini plan bawa bekal, bawa burger...! kenyang wei..sampai ke tengahari, menu makan tengahari pula, rakan pula tiba tiba beri sandwich salad daging dan sardin, kata nya ada beli lebih, orang kata rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Sedap dan mengenyangkan pula tu. 

Hari ini hati senang lega, kerja tiada masalah, Urusan Hari Ini Di PermudahkanNya, semua koding dan rangkaian (network) berfungsi dengan baik dan bagus, sistem boleh akses (tidak kesalahan error), orang awam pula berpuas hati dengan ulasan. Fuh..! Kerja bahagian teknologi maklumat ni memang mencabar, kadang kadang, nak tidur malam pun susah mengenangkan masalah masalah coding yang error entah di mana, memang memenatkan kepala otak..sistem dan database problem tengah malam lah,  masalah bayaran online lah...huh...

sarapan pagi dengan burger daging
Burger special
Memang selalu terfikir juga nak lari dari bidang IT ni, nak cuba bahagian yang lain pula. InshaAllah, kalau ada rezeki, harap harap permohonan aku ke tempat baru berjaya lah! Moga di permudahkan urusan...!

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar