Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE

Wednesday, May 15, 2019

MySQL Or Apache Can't Start On Xampp

Sebagai programmer, kadang kadang terdapat berberapa masalah untuk melakukan start pada MYSQL dan APACHE, MySQL Or Apache Can't Start On Xampp ini kerana kepantasan versi terbaru dan seterusnya plaform versi php yang lepas secara automatiknya tidak relevan untuk di gunakan, unless kamu semua uninstall dan mencari version php yang paling terbaru. Memang terdapat sedikit masalah kerana tidak boleh start, dan setelah di cuba (trial & error) akhirnya mendapat penyelesaian nya iaitu hanya menukar port dari 80 kepada 8080. hehe

Tutorial ini untuk pengguna engine php iaitu Xampp. selain dari itu, contohnya seperti Wamp dan lain lain, itu tak pasti, maybe sama caranya...buka Xampp, tapi jangan start Apache atau mySql, click on configure in the Apache row dan pilih Apache (httpd.conf). Cara lain boleh pergi ke C:\xampp\apache\conf\httpd.conf untuk buka fail tersebut.

Selepas buka fail tersebut, sila find Listen 80 dan tukar kan kepada Listen 8080. Kepada yang biasa guna Xampp, localhost akan secara langsung kepada port 80, dan selepas tukar kepada 8080, boleh buka apps atau webpage kepada http://localhost:8080 / namafailweb .

Mungkin ada pembaca yang tak faham artikel kali ini MySQL Or Apache Can't Start On Xampp, haha, takpa abaikan sahaja, artikel ini khas untuk diri ini, yang semakin pelupa sifatnya, so, bila ada artikel ini, boleh la cari semula...hehehe

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi