Sudah lama tidak menulis berkaitan tutorial pembelajaran di blog, Tutorial kali ini mengenai Fungsi Mail Merge di  Microsoft Word iaitu berkaitan topik Cara Cara Mencetak Sijil Dengan Pantas, sebelum ini aku ada menulis artikel berkaitan Macam Mana Nak Buat Mail Merge di Microsoft Excel di blog ini, sebenarnya fungsi mail merge ini hanya terdapat di dalam Microsoft Office Word, dan bertujuan untuk mengambil data (teks) sama ada di dalam Microsoft Excel atau dalam Microsoft Word. Korang boleh lihat tutorial berkaitan Mail Merge sebelum ini di SINI.

Fungsi Mail Merge ini amat berguna, mudah dan pantas, sebagai contoh, apabila kita mahu mencetak sesuatu dokumen atau sijil dalam kuantiti yang banyak atau sebagainya, yang paling penting, harus mempunyai database (data) terlebih dahulu. Maksud Database itu ialah maklumat-maklumat penerima seperti Alamat surat menyurat, nama penuh, dan sebagainya, maklumat lengkap penerima.

Cara Cara untuk mencetak sijil dengan pantas dan mudah ialah dengan cara menggunakan fungsi Mail Merge, mail merge boleh membantu menyelesaikan masalah anda, hanya dalam masa berberapa minit tugasan anda akan selesai, memang pantas tapi sebelum itu, korang kena masukkan (key in) dan sediakan data (maklumat) terlebih dahulu lah sama ada di dalam Excel ataupun di dalam Microsoft Word. Data kalau tiada, macam mana nak mencetak.
Cara Cara Mencetak Sijil Dengan Pantas
1A (Data yang di kumpulkan)

Sebagai contoh, korang boleh melihat data yang saya collect di gambar 1A di atas tu, Data dari microsoft word , korang boleh meletakkan style numbering macam gambar di atas atau pun secara dalam bentuk table.

Seterusnya, buat dahulu template sijil seperti yang anda mahukan manakala address block tu adalah itu adalah koding data nama. Korang boleh meletakkan di kawasan mana yang sesuai di ruangan sijil anda.  Ini lah Cara Cara Mencetak Sijil Dengan Pantas dan mudah, hanya dengan menggunakan fungsi Mail Merge di Microsoft Word. Selamat mencuba semua. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar