Rasa mengantuk kerana kurang tidur dari malam tadi kerana menguruskan hal keluarga yang demam panas suhu mencecah 39.7 celcius, sampai sahaja di rumah terus bungkus baju andaikata kena tahan wad, sudah buat persediaan dan tidak perlulah berpatah balik, jauh. Lepas tu aku call pihak insuran untuk memberitahu yang akan ke hospital, tapi, jawapan yang di terima dari pihak insuran, agak melampau, iaitu kata agen tu, insuran tidak boleh guna, kerana terdapat 2 bulan bayaran tertunggak (outstanding), eh, bayaran pun secara auto debit, dan potongan memang berlaku pun setiap bulan, jadi apa masalahnya ni ? Dua bulan terakhir, jelas ada potongan duit dalam slip gaji, apa masalah sebenarnya ? Mahu untung kah ? Pergi haji balik hari ?
Oleh kerana malas nak berbual panjang dengan agen bebal terkial kial nak jawab dan sudah tahu jawapan bodoh dari insuran tu, hal kecemasan kan memang panik sikit, kami nekad ke hospital kerajaan sahaja itu jalan terakhir. Alhamdulillah, demam anak anak telah susut sedikit di pagi ini. itupun setelah menunggu lama di hospital kerajaan, memang macam bola baling lah sana sini di buatnya, tapi terbaik dan berkualiti rupanya. Layanan tak mesra pun, tak apa lah, yang penting, nyawa ahli keluarga saya, seperti sediakala, Akhirnya, keputusan dalam darah, tiada ada tanda tanda denggi atau influenza, hanya demam biasa yang terdapat sedikit infections virus.
Kena banyakkan minum air, dan kena kurangkan aktiviti luar buat sementara ini.
Berbalik pada cerita insuran 'penipu' tadi, alasannya, terdapat penambahan kadar amaun potongan sebab apa entah, kos meningkat atau cukai katanya, contohnya, jika sebelum ini potongan RM 120, sudah jadi RM 125.00, jika ada kenaikan sekalipun, tiada masalah, serius, akan tetapi beri lah notis dan beritahu lah pelanggan kamu, itu yang penting. janganlah menyusahkan pelanggan di saat akhir, Mahu pergi Haji balik hari kah ?
Lagi Pelik dan hairan bila amaun lama tetap di 'potong' cuma 'tak berapa cukup' potongan tu, jadi, adalah outstanding nya sedikit, pihak insuran terus memberi seribu alasan dan tidak di benarkan admit di private hospital. This is bullshit punya syarikat insuran. Lepas ni, baik pergi hospital kerajaan jelah, nurse pun cantik, ubat pun berkualiti, doktor pakar pun ramai, tapi masalahnya ,nak kena menunggu lama gila, kalau orang sakit tenat, menunggu lama, boleh terus jadi baik dan sembuh...hahaha
semoga cepat sembuh
BalasHapusmmg frust bila byr insuran tapi tak boleh guna bila kita perlu huhu
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.