Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

29 Jan 2020

Lihat Cermin Di Awal Pagi

Malas betul nak pergi kerja hari ini, biasanya bersemangat bila di awal pagi, tapi pagi ini, macam takda mood selepas hantar anak ke sekolah, entah la, tak pasti kenapa, tapi sebagai manusia yang normal, situasi seperti ini adalah perkara biasa, ada sahaja kejahatan syaitan yang membisik di telinga supaya jangan melakukan ibadah, tapi bila fikir kewajipan untuk mencari rezeki demi keluarga, kita lawan perasaan jahat itu dan fikir semula, bersiap siap dan acah pura pura gembira di awal pagi demi keluarga.

Bos lama pernah beritahu, kalau bangun pagi, terus pergi Lihat Cermin Di Awal Pagi, kalau perasaan gembira bersemangat, terus pergi kerja, kalau tengok cermin pun rasa malas nak pergi kerja, sambung tidur balik dan berhenti kerja terus, bagi laluan pada orang lain yang lebih memerlukan kerja ini. Sebenarnya dah bangun pagi, sebab nak hantar zeref rayyan ke sekolah, tapi lepas hantar dia ke tadika, terus tarik selimut semula, sambung tidur. Cuaca mendung sejuk awal pagi ini tanda tanda nak hujan, apa yang tak best nya wei sambung tidur semula. haha.


Pagi tadi lihat cermin di awal pagi bila bangun, lepas tu lihat telefon, huh bateri tinggal 12%, tak sempat cas malam tadi, vape pod bateri pun low, ambil power bank untuk cas semuan nya, eh, low juga, tiba tiba terfikir, baik pergi pejabat hari ini, lagipun hari ini, jadual free, tiada mesyuarat, tiada urusan penting, yehaa, dapatlah aku cas telefon dan yang lain lain sampai penuh (seperti kebiasaan) . Bila balik rumah, tenang dan senyum je, semua bateri penuh (full), benda boleh cas di pejabat buat apa nak cas di rumah. 

Lihat Cermin Di Awal Pagi


Suka datang ke pejabat, diet lebih konsisten, tidak kelaut dan tersusun, waktu sarapan pagi, lunch lebih teratur, kalau sibuk ada mesyuarat, tidak mengapa sebab ada makan makan dan minum, kena marah dalam mesyuarat itu perkara biasa, buat pekak je la, tapi kalau duduk rumah, semua nak kena urus sendiri, masa makan minum entah kemana, ah, Ok, jom ke pejabat dan menikmati segala galanya. Bila fikir semula, baik ke pejabat, selesaikan kerja yang tertangguh dan gunakan peluang yang ada, cuti pun jimat, boleh gunakan pada hal hal kecemasan yang lebih penting. haha

Anda Mungkin Meminati :

7 komentar:

  1. saya setuju yg ini. sebab selalu buat. tengok cermin, senyum untuk diri sendiri. tengok dalam mata sendiri dan bagi salam untuk jiwa diri sendiri :)

    BalasHapus
  2. look in the mirror and motivate myself. that's what i do.

    BalasHapus
  3. Rasa macam belum pernah buat lagi bangun pagi terus tengok cermin. Kalau Mrs. A biasa bangun pagi terus nak turun bawah nak settlekan kucing-kucing dulu.

    BalasHapus
  4. wow rare betul pesanan boss tu mmg terbaek la

    BalasHapus
  5. agreed! memang buat perkara yg sama sebagai motivasi diri tapi skrg dah tak kerja tu yang malas nk tengok cermin heehe

    BalasHapus
  6. saya kerja sendiri,tak pergi memang tak dapat duitlah ceritanya =)

    BalasHapus
  7. Adoo, dok rumah malaih naa nak tengok cermin. tapi boleh diamalkan ni. ^^

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih