Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah, kelakar, macam macam helah dia gunakan semata mata tak nak ke sekolah. Dia yang nak ke sekolah, aku yang tak tidur malam, sebab fikir macam mana dia nanti di sekolah. Pejabat pula banyak urusan di awal tahun, berserabut.

Di pendekkan cerita, sebelum sampai di lorong sekolah, Zeref  tiba tiba cakap, eh ini macam jalan ke sekolah ni dee..?! Zeyef tak nak ke sekolah Dee, kat sekolah manash, manash (panas), Aku diam kan je(dalam hati, aduh jangan dia buat drama bollywood pagi ni) . 

Sampai je di sekolah, buka pintu kereta, tapi Zeref tak turun kereta lagi, pelik, aku tanya, kenapa Zeref tak turun lagi, Daddy dah lambat ni, cikgu tunggu awak  tu? Dia kata macam mana nak turun, ada satu selipar je Zeyef pakai, aku pun senyum dan, cuba raba raba bawah seat kereta, ermm ada ni hah! (Bijak betul budak ni, banyak akal. dia boleh sorok dalam-dalam, tolak selipar dia tu bawah seat, urmm) . Ada ni hah selipar Zeref, nasib baik daddy terrer, ok, dah jom ikut daddy, jangan risau, daddy temankan.

Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah
Tiba tiba, muka zeref terpingga pinga macam tak bersalah haha terus lemah kaki dan badannya, longlai, terpaksa dukung, hahaha, kelakar, hari pertama dia menangis sekejap, tapi selepas cikgu dah tenangkan dia dengan bagi dia mainan lego, terus ok. Alhamdulillah.


Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah
Di hari kedua, Zeref Rayyan kelihatan gembira setibanya di sekolah, situasinya berbeza dengan hari pertama, sampai je di depan pagar sekolah, terus dia berlari masuk dalam kelas, Steady, Alhamdulillah, itu pun selepas bisik kat telinga dia (nanti balik kerja, daddy janji belikan gula gula manyak manyak), pergi lah ke sekolah,

Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah

Hari kedua, semangat lain macam.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.