Sibuk punya pasal, berbincang di pejabat dan merangka program latihan kursus, sampai tak sedar sudah hampir jam 2.00 petang. Huh terlepas waktu lunch, azan zohor pun tak dengar di smartphone sebab off sekejap, cepatnya masa berlalu kan di zaman milennium ini. Masa berlalu meninggalkan kita, sepantas seperti teknologi yang sentiasa up to date version dari semasa ke semasa. 

Itupun tersedar bila kepala mula berdenyut denyut, migrain lain macam, maklumlah dah semakin berumur ni, kalau terlewat makan, darah tinggi dan migrain terus mencengkam kepala, lepas tu masuk angin. Sarapan pagi dan lunch kena makan, tidak boleh terlewat. Kalau terlewat, masuk angin, kepala pun pusing pusing.....

Kesudahannya, kalau keluar makan pun di warung biasa makan, pasti lauknya sudah habis,  kebetulan pejabat tempat bertugas pun dalam shopping complex,  makan di fast food je la, ada marry brown, makan je la apa yang ada, kalau dah nama pun, orang kampung, sudah semestinya kena ada nasi, yang penting makan, dari tak makan langsung, lagi tak tentu arah nanti. 

makan nasi ayam di marry brown

Best juga nasi ayam marry brown ni, ayam goreng ranggup dengan cili sosnya, malas nak review lebih lebih pasal nasi ayam marry brown ni, sebab review tak berbayar kan, apa pun, jangan pernah skip waktu lunch anda, kalau dah masuk angin, perut comfirm tak selesa, sakit haru biru...haha

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. waa nampak sedap laa nasi ayam marry brown mama tak penah makan

    BalasHapus

Posting Komentar