Salam semua di harapkan pembaca semua sihat dan bahagia hendaknya, seperti yang di beritahu sebelum ini, tahun ni ada misi di mana nak fokus pada penulisan blog secara khusus mengikut kriteria yang di tetapkan, kalau di ikutkan dah mula menulis blog pada tahun 2007 lagi, tapi masa tu, tak fokus sangat dan sambil lewa, menulis pun paling banyak pun 1-2 perenggan je. Cuti hujung minggu ini, banyak hal yang 'menganggu' untuk menulis di blog, antaranya anak anak demam, memang berulang alik ke klinik. Risau musim influenza, Blog masih lagi terdapat berberapa crawl error yang menjejaskan reputasi blog, dan aku cuba membetulkan mengikut kriteria yang ditetapkan google. Kualiti artikel dalam sesebuah blog tu penting dan kena berani main dengan keyword. Ini kunci utama untuk blog yang ingin meletakkan iklan.
Ada berberapa artikel yang tidak dapat di index dan crawl error di google secara tidak langsung menjejaskan iklan adsense, memang memberi kesan kemurungan, di pendekkan cerita, dalam 100 posting artikel, mungkin 70 artikel yang google detect tidak berkualiti, dengan sedikit masa yang terluang, proses semakan, membaiki artikel di lakukan, kena semak satu persatu artikel dari tahun ke tahun mana mana artikel yang tidak crawl dan terindeks banyak pula tu, Dalam masa membaiki blog, Sempat juga la blogwalking berberapa blog rakan rakan di bloglist, Alhamdulillah, masih berkesempatan. Sebagai bloggers yang menjana pendapatan dan sebagai influencer, kita bukan sahaja kena pastikan blog sentiasa sihat, mendapat tempat di carian enjin carian, artikel berkualiti, tidak terpapar error koding, apa guna, luaran elok, sedangkan dalaman, bermasalah ? Baca artikel di SINI.
Kena selalu melawat google webmaster console untuk memastikan blog kita sentiasa dalam kondisi yang terbaik dan untuk memastikan reputasi blog cemerlang, di webmaster console, korang boleh lihat blog performance, sitemap, blog speed, remove cache url di indexs google. Hanya perlu login email login blog dan cuba copy url di bawah ini, atau cari sahaja di carian google dan taip webmaster console https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en
Remove URL's |
Huh, banyak juga lah artikel nak kena baiki, pelan pelan, lama lama nanti siap lah, Impian bloggers mahu artikel mereka di blog mendapat tempat yang pertama di enjin carian seperti di google, tapi kena faham dan mematuhi kriteria SEO, SEO adalah salah satu penyumbang kepada peningkatan trafik page views (PV). Mana mana posting lama yang tidak terindeks di goole atau tidak crawl , korang boleh membaiki dengan menambah bilangan jumlah perkataan yang lebih berkualiti, padu, dan mematuhi syarat syarat untuk di indeks enjin carian.
Jom kita melihat back-end blog di webmaster console untuk memastikan reputasi blog dalam keadaan yang terbaik. Baru seronok menulis dan menjana pendapatan.
aiseh.. pening mama baca. mama ni tak pandai sgt pasal performance macam ni.. huhuu
BalasHapusIlmu baru ni... sy dh try... tgu report ni.. hahaha
BalasHapustq share.. ilmu baru ni buat tambah baik blog
BalasHapuscikgu IT mcm amar memang expert lah dalam hal ni hehe
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.