Awal tahun baru, plan nak bangun lambat sebab cuti kan, tapi sedikit 'terganggu' dengan kehadiran seekor burung terkukur sambil mengeluarkan bunyi kurr kurr kurr, 'melepak' di atas gril pintu luar bilik. Kadang kadang juga lah, burung ni datang melepak kat situ. Mungkin, nak berehat sekejap, atau menjengah mana tahu ada makanan yang boleh di bawa balik ke sarang untuk di beri makan pada anak anak burung.
Kalau nak ikutkan kehadiran 'tetamu' yang datang ke rumah sebelum ini, antaranya seperti kucing, kameleon iguana, burung bersarang di pokok yang di tanam sekeliling rumah. Orang tua dulu dulu kata, kalau ada burung datang rumah, itu petanda akan datang rezeki yang tidak di sangka sangka pada kita.
Begitu lah kata orang orang tua, oh, kalau begitu baguslah dan terima kasih pada mu ya Allah, Tapi bagi aku , itu mungkin 'petanda' sahaja, dan harus ingat, semua rezeki itu, Allah yang beri dan Dia yang tentukan pada setiap mahkluknya, kalau kita tak ingat Nya, macamana Dia nak turun kan rezeki pada kita? Walaupun 3-4 mahupun 20 ekor burung datang hinggap sekalipun, kalau tak sembahyang, tak berdoa pada Nya, hurmm, memang tak kemana lah, dan akan menjadi sia sia.
Utamakan pada diri sendiri terlebih dahulu, nafkah pada diri sendiri yang paling utama. Jika ada lebihan, boleh lah agihkan, jika tiada, solat, buat baik dan redha (tawakal). Tahun 2020 ini, nak kurangkan aktiviti media sosial di facebook sebab takut salah faham netizen di media sosial, mesej seperti teks dan face to face ni (verbal and non-verbal), pemahaman dia berbeza, dan yang utama, nak fokus pada blog. Moga ada sinar dan rezeki di blog ini. Semoga di permudahkan urusan.
Selamat tahun baru Safirul semoga tahun 2020 menjajikn seribu kemanisan..
BalasHapussalam tahun baru tuan... ye, sy pun nk fokus kat blog.. fb utk keja je.. hihihi..
BalasHapusbercerita psl burung tekukur tu... kt umh kami dkt aircond lah tmpt burung bersarang... penat sapu tiap hari tp bila dikenang mungkin itu je tmpt yg diorg ada, biarlah.. mungkin rezeki dia rasa selesa di situ
Itu lah adat kalau berkongsi alam, semoga di permudakan urusan..
HapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.