Biasa nya bila aku sampai je di rumah, penat pulang dari kerja, si Zeref ni biasanya dah tidur, penat bersekolah di siang hari katanya, tapi malam ni, dia tunggu sampai aku balik rumah, dah dua hari, daddy janji nak beli gula gula, tapi tak bawa balik pun, tapi malam ni, walaupun lewat pulang ke rumah, tetap 'menunaikan janji' apa yang aku cakap pagi tadi pads dia masa hantar budak kecik ni ke sekolah awal pagi tadi, kalau nak gula gula kena pergi sekolah...haha.

Ekonomi  pun tak berapa nak ada sangat ni sebenarnya, faham faham jela, tengah bulan kan, banyak dah di gunakan untuk keperluan anak sekolah. Tapi janji tetap janji, beli tiga sekaligus, jadi, senang, esok nak attract dia untuk pergi sekolah. Bukan membiasakan dia makan gula gula, kadang kadang aku tukar jenis manisan juga, beli roti coklat, aiskrim, atau kinder joy, dan air susu dutch laddy. 

Zeref ni pun, asal nak tengok benda ada depan mata dia je, bukan nak makan sangat pun, sebab dia dah makan nasi jam 8.00 malam, tapi seronok juga, bila sampai je rumah dari tempat kerja, anak dah menjerit jerit panggil, daddy beli apa tu? Hehe, kalau tak belikan pun, mereka tetap happy juga, sebab dia tahu, esok masih ada lagi, kan? So, setiap hari suasana akan jadi ceria, bila aku pulang dan tiba di rumah. 

Muka Ceria Dapat Hadiah

Bila pulang ke rumah, kadang kadang kusut memikirkan hal syarikat, mengajar, dan tugas di pejabat, tapi bila lihat anak riang ria menyambut kita pulang dari kerja, terubat la sikit tekanan kerja..

Muka Ceria Dapat Hadiah

Muka letih campur gembira bila dapat hadiah gula gula, biasanya waktu makan malam dia, pada jam 8.00 malam, sup telur, sup kentang, fishball, dan ayam goreng, lepas makan malam, aktiviti bebas...

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar