Salam dan selamat sejahtera semua, hari ini nak buat Segmen blog review edisi yang kedua tujuannya ialah bukan semata mata nak mencari kesalahan , tapi lebih kepada mengukuhkan silaturrahim sesama kita, memberi idea membina dan paling utama sama sama dapat meningkatkan trafik blog masing masing. Untuk melihat segmen blog review edisi yang pertama sebelum ini, boleh layari artikel tersebut di SINI. Blog bukan semata mata sebagai saluran untuk kita meluahkan pendapat, perasaan, berkongsi maklumat perniagaan, pembelajaran, malah boleh juga di jadikan sebagai e-library kita. Gunakan blog dengan cara yang betul, dan kekalkan kebaikan blog anda supaya lebih relevan dan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita semasa dan ilmu.  

Kepada rakan rakan blog yang minat dan sudi menyertai Segmen Blog Review Edisi Ke-2 kali ini, boleh ikuti syarat mudah, memang sangat mudah, hanya perlu like page facebook saya di Sini. Tarikh tamat segmen pada 31 Januari 2020. Jika banyak penyertaan segmen blog review edisi kedua kali ini, blog korang akan di review satu persatu dan korang perlu muat turun fail dokumen pdf,  cara keputusan di paparkan adalah sama seperti segmen edisi yang pertama.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat bercuti panjang sempena perayaan tahun baru cina kepada pembaca blog ini, kepada yang pulang ke desa atau pergi berjalan jalan bersama keluarga tersayang, hati hati memandu dan manfaatkan cuti anda dengan perkara yang berfaedah. Biar lambat, asal selamat. 

Segmen Blog Review Edisi Ke-2 Safirul Amar
Segmen Blog Review Edisi Ke-2
Blog akan di nilai sudah semestinya dalam konteks search engine optimization (SEO), rekabentuk, layout, apa fungsi yang perlu dan tidak, adakah menepati SEO kriteria, penilaian secara hands on apa yang di fahami hands on, sekali lagi di ingatkan, bukan nak mencari kesalahan untuk buktikan siapa yang bagus atau tidak bagus, kita sama sama belajar ke arah yang lebih baik, sama sama mantapkan penulisan dan meletakkan blog di carian pertama, dan menjana pendapatan melalui blog  itu lah tujuan utama segmen ini di wujudkan. Hanya letakkan link blog korang di ruangan komen. nanti saya blogwalking blog korang. Mudah ?

Penjanaan pendapatan melalui blog bukan melalui iklan yang di paparkan semata mata sahaja, SEO search engine optimization juga boleh memberi bloggers pendapatan dan meletakkan artikel kita di tempat pertama di carian google, jika cara dan teknik betul. Tinggalkan link blog anda di ruangan komen di bawah ini, untuk melihat senarai blog yang menyertai segmen ini boleh tekan di SINI  

8 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.