blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

19 Jan 2020

Semakin Bertambah Baik

Syukur Alhamdulillah, keadaan kesihatan semakin bertambah baik, cuma batuk sahaja, inshaallah, dengan izinNya, minggu depan harap sembuh sepenuhnya, dalam badan penuh dah ubat ubat antibiotik doktor, semasa demam hari itu, memang tiada selera langsung nak makan nasi, apatah lagi makanan berat yang lain seperti lamb chop, mee bandung dan lain lain, tapi, yang peliknya, aku semakin berselera pula nak makan buah buahan ketika demam.

Bila demam, pasti tubuh badan kurang vitamin, lemah dan lesu tidak bermaya, terasa macam nak makan tapi tidak berselera. Cara yang sesuai untuk memberi tenaga, membuka selera makan, yang biasa aku amal kan ketika demam ialah dengan minum air kelapa muda, minum air sunquick atau air twister fresh orange untuk menambah vitaman C dan yang paling penting, makan buah sebanyak mungkin untuk tambah kandungan air. Masa demam, suka makan ciku, letak dalam peti ais, memang sedap, dalam masa yang sama, memberi tenaga dan vitamin yang di perlukan badan, lepas tu minum air banyak banyak, supaya dapat buang toksin dalam badan.


Buah Ciku Baik Untuk Kesihatan

Kalau demam, bukan badan sahaja tidak bermaya, fikiran pun entah ke mana, sampaikan jumaat lepas (kembali bekerja), singgah minum pagi di kedai berhampiran pejabat, masa nak kira bayar, lihat dalam wallet, huh, tiada duit dalam tu, aduh, berhalusinasi dan delusi aku ini, terpaksalah buat muka tebal, beritahu belum ada duit lagi, nanti saya bayar ye makcik, nasib baik makcik tak kisah.

Buah Ciku Baik Untuk Kesihatan
Isnin, ingat nak pergi ke kedai makcik tu, nak bayar hutang..huhu

Anda Mungkin Meminati :

5 komentar:

  1. Betul bila badan tak sihat minda pun melayang-layang.
    Eh! musim ciku ke sekarang husabnd pun ada bawak balik ciku 3 plastik anak-anak tak reti makan Mrs. A sorang je yang makan banyak husband pun sikit-sikit je.

    Maaf nak bagi tahu ni bila safirul amar komen klik kat link SA tu akan link ke profile not available. Sis bagi tahu je #brokenlink

    BalasHapus
  2. semoga sentiasa sihat ya

    BalasHapus
  3. profile tu dah okay bila klik, dah betulkan kot ya.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Memang sengaja hide profil sebab ada error broken link sebenarnya.

      Hapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih