Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee

13 Januari 2020

Termenung Mengenang Nasib Diri

Hari ini, ambil separuh hari bekerja sebab nak service kereta di toyota centre , mileage meter pun sudah terlebih bulan, tangguh lama sangat sebab ini major service mahal betul, tu yang tengah termenung jap sekarang ni. Hampir dekat RM 700.00, lebih kurang sama harga major service Perodua. Mengerikan...

Tapi, nak buat macam mana, suka atau tidak, tetap kena service juga, kereta penting, nak bawa kehulu hilir untuk mencari rezeki, terpaksa juga lah akur.  Sambil termenung dan lihat televisyen yang di sediakan di ruangan menunggu, makan biskut pun rasa pahit. Semua makanan yang disediakan disini, langsung tiada rasa. Pahit. Rasa tanah pun ada. 

Aku jenis yang tahu bawa kereta sahaja, menyerahkan sepenuhnya pada centre untuk urus apa yang perlu di tukar, tuang minyak dan jalan, buat masa ini, belum pernah breakdown kereta. Bukan tak percaya bengkel kereta di luar sana, cuma lebih baik dan elok, jika menyerahkan urusan service pada yang lebih layak (specialist), yang ini, tidak boleh kompromi. Mereka lebih faham alat ganti dari jenama mereka. Kalau hantar bengkel luar, boleh sahaja, cuma asalkan boleh nanti, murah, tapi barang tak sesuai, mungkin bersifat sementara dan tak tahan lama. Itu yang jadi penyakit berjangkit, lepas satu, satu yang rosak. Lepas tu termenung mengenang nasib.

Sebab pernah kena dahulu, kereta honda CRV, sepatutnya guna plug kereta, tapi bila check, guna plug motor. Ini kisah benar, biar mahal, asalkan tahan lasak dan berkualiti. Niat beli kenderaan, sebab nak cari rezeki, kalau kenderaan rosak, semua urusan ke laut (tergendala) nanti. 

Termenung mengenang nasib diri
Dalam termenung menung aku ini, teringat pula pada roadtax kereta dan lesen memandu, bila semak pada syarikat insuran, ya Allah, expired date insuran pada hujung bulan ni. Hah, ini kelakar, jangan kan termenung mengenang nasib diri, ini terus terduduk diam sambil buat muka garang. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Ini lah kehidupan. Semua nak kena bayar..

Kenapa lah, semua kejadian berlaku serentak. Awal tahun, memang banyak keluar duit , sebab urus anak sekolah, di tambah pula, service kereta dan insuran cukai jalan. 

Anda Mungkin Meminati :

6 komentar:

  1. haduh memang pening kepala bila semua nak keluar duit serentak. peniggg peninggg~

    ana pon jenis reti bawa kereta je. segala servis mmg minta nasihat abah & abang long hehe

    BalasHapus
  2. Allah..banyaknya dugaan, nak komen lebih-lebih pun tak berani sebab tak berada di situasi cikgu, hanya mampu berdoa semoga murah rezeki dan segala masalah dapat diselesaikan,amin.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Insha'Allah Mizi. Moga di permudahkan urusan saya

      Hapus
  3. biasalah kalau nak servis, kalau pokai x berani nak pegi servis.. haha... kalau insuran keta ni saya suka main kutu... cop bulan utk birthday keta tu... nnt x payah fikir dh... dh dkt 10 thn jugak lah buat camtu dgn kwn² opis... semua cop bulan birthday keta

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ya sy teringat yang ada main kutu. Dah 2 tahun, kutu insuran.

      Hapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih