Bila sebut pasal makan ini memang cerewet sedikit, sebab tak makan hidangan yang melibatkan ikan air tawar seperti ikan keli, puyu, talapia dan itik, masaklah sedap macam mana pun, tak teringin nak makan dan sentuh langsung, tak tahulah kenapa alergik sangat. Adik ipar saya orang negeri sembilan, biasanya, bila time raya, dia akan bawa rendang itik istimewa dari negeri sembilan, kami sekeluarga tak makan itik, tapi emak saya, semua dia telan (orang johor) kan, cuma, untuk elakkan salah faham dan kecil hati, kami dah beritahu awal awal, tak makan itik nasib baik dia faham, cuma pernah termakan ikan goreng yang di sangka ikan siakap semasa ziarah rumah keluarga dia (adik ipar) di palong, negeri sembilan, orang negeri memang pandai masak, bentuk ikan dan rasa ikan memang tak macam rasa ikan air tawar, berselera kami makan, rasa dan isi nya pula macam ikan siakap.
Selepas makan, aku tanya la pada emak adik ipar tu, sedap ikan siakap yang makcik masak ni? Eh itu bukan ikan siakap, itu ikan talapia lah nak, glup! haha, terkejut jugalah masa tu, tapi dah telan, siap ratah kepala ikan tu, tapi nak buat macam mana, sedap juga rasanya, kena tengok cara masak juga, orang nogori memang hebat memasak.
Tak suka makan ikan keli dan itik, tapi suka tengok kawan kawan makan hidangan tu, hak dan selera masing masing, terpulang.
Tak suka makan ikan keli dan itik, tapi suka tengok kawan kawan makan hidangan tu, hak dan selera masing masing, terpulang.
Hari itu pulang sekejap jenguk emak di kampung, lepas tu ke dapur nak makan nasi dan lauk emak, wah ada lauk asam pedas ikan parang, telur ikan masak kunyit, ikan keli goreng dan sotong goreng kunyit, sedap! masakan emak memang sedap, semua lauk, aku rasa, kecuali ikan keli goreng tu. Emak sempat cakap, ala kau makan jela, apa yang nak geli geli, orang somalia tu ramai yang tak cukup makan, diorang makan je apa yang ada, kalau kau nak tahu, masa korang kecik kecik dahulu, apa yang korang tak makan? Semua korang makan (sambil gelak), apa yang korang tak makan, itik, landak, ikan keli, kerbau, tenggiling, siap tambah nasi lagi, yelah masa tu kan emak dan ayah susah, jadi, aku masak jelah apa yang ada, ok je korang makan! kata emak sambil ketawa. Kena tipu la korang, ikan keli aku buat nugget, haha. Aduh.
Tengahari jarang keluar makan tengahari di kedai makan, lebih selesa makan nasi di rumah je bila pulang di waktu petang, masak sendiri lebih menepati selera kehendak tekak yang cerewet makan ni, Sedap ke makan ikan keli dan itik ni? Anak anak tak suka makan sayur dan cendawan, jadi, aku goreng tepung sayur dan cendawan tu agar lebih menyelerakan, anak anak semua cakap sedap siap puji lagi, katanya, rasa macam ayam. Ini semua kesan dapat ilham, dari kata kata emak pada hari tu, supaya makan jela makanan yang di masak. Topik bukan pasal bawa rendang itik istimewa dari negeri sembilan pun sebenarnya. Haha
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.