Kursus Latihan Microsoft Powerpoint bersama warga pendidik Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka telah di jalankan secara lima (5) hari bermula dari 17 hingga 21 Oktober 2019, maaf atas kelewatan menulis di blog ini, kursus Microsoft Power Point kepada warga pendidik kolej komuniti ini dijalankan bertujuan memberikan tips berguna berkenaan penyampaian video dan slide yang berkesan menggunakan powerpoint agar persembahan tidak menjadi suram, slide menarik untuk di tonton audiens, attractive dengan animasi, dan yang paling penting audiens faham mesej yang cuba hendak disampaikan ketika di dalam pembentangan.

Untuk menjadikan slide persembahan menjadi lebih menarik, anda perlu memasukan elemen elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi. Sepanjang lima hari latihan ini dijalankan, para warga pendidik kolej komuniti telah diajar pelbagai teknik dan tips seperti membina graf, struktur graf, video high definition (HD) , audio, trimming audio, memasukkan video dengan format yang sesuai, teknik converter video, membuat hyperlink dan hypermedia, koding embed, muat turun dan membina gambar animasi format (GIF), membuat animasi bergerak di slide persembahan, slide kiosk, berkenaan template dan slide master. modul tidak terlalu asas, lebih kepada intermediate dan advanced, dan menepati kriteria latihan.

Di hari yang ke empat, peserta di ajar berkaitan proses merekabentuk template, background, watermarks (design) menggunakan Adobe Photoshop, peserta semakin bersemangat waja bila tib bahagian adobe photoshop dan tidak sabar sabar untuk buat template slide di dalam tugasan berkumpulan nanti, perisian photoshop juga ada dibekalkan pada mereka, sekurang kurangnya dapat menjadikan persembahan slide kita menjadi lebih menarik.

Latihan Microsoft Powerpoint Bersama Warga Pendidik Kolej Komuniti

Latihan Microsoft Powerpoint Bersama Warga Pendidik Kolej Komuniti

Banyak tips dan teknik berkesan di kongsikan di dalam latihan ini kepada peserta kursus, Harap selepas kursus, sentiasa praktis powerpoint agar tidak lupa yang diajar supaya dapat memantapkan lagi slide persembahan agar tidak membosankan.
 
Latihan Microsoft Powerpoint Bersama Warga Pendidik Kolej Komuniti

Di hari terakhir hari kelima, peserta diberikan dua tugasan iaitu secara berkumpulan dan tugasan individu, ini bagi melengkapkan waktu jam tempoh kursus, syarat untuk menerima sijil di hari terakhir, Alhamdulillah, semua peserta berjaya membina slide persembahan yang menarik menepati kriteria tugasan. Harap maaf jika ada tersilap kata atau terasa hati sepanjang lima hari aku mengajar berkenaan microsoft powerpoint di politeknik merlimau ini.

Diharapkan latihan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat dari ilmu yang diajar sepanjang latihan kursus. Nota dibekalkan boleh rujuk jika lupa, dan boleh cari tips di blog ini ya terutamanya yang berkaitan Adobe Photoshop, Jumpa lagi di lain hari. Terima kasih. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar