Salam, ini adalah tutorial Cara Membuat Data Validation di Microsoft Excel, di excel boleh juga membina sistem yang ringkas (simple) untuk input data seperti khususnya pendaftaran peserta, sistem aset dan inventori, borang permohonan atau sebagainya. Data Validation atau Pengesahan Data adalah fungsi yang digunakan untuk menghadkan nilai yang memasuki sel (decimal), tujuan utama sebenarnya mengurangkan kesalahan apabila memasukkan data dan berfungsi untuk menyenaraikan data teks seperti jenis senarai (list), ada banyak jenis Data Validation seperti Whole Number, Date dan lain lain lagi.

Senarai data validation adalah kaedah popular yang digunakan untuk memaparkan dropdown list pilihan data tanpa perlu menaip secara manual. Sebagai contoh Pengesahan Data adalah seperti jenis list dan decimal. Microsoft Excel bukan sahaja boleh membuat pengiraan menggunakan formula asas (+,-,*,/) boleh lihat sini, tapi boleh membuat pengesahan data, dengan adanya data validation (pengesahan data) ini harap boleh juga berfungsi sebagai sebuah sistem untuk memasukkan data yang ringkas, tanpa ada sebarang kesilapan yang berlaku.

Cara Cara Membuat Data Validation Di Microsoft Excel
Rajah 1
Ok mari kita mulakan Cara buat data validation di excel, sebagai contoh saya menyediakan template borang yang ringkas seperti di Rajah 1 (di atas). Di Sel Negeri, pengguna tidak perlu untuk menulis nama negeri, pengguna hanya perlu pergi ke button dropdown list, akan di paparkan senarai (list) bagi nama nama negeri. Mudah, cepat dan tiada ralat kesalahan akan berlaku.(melainkan data source anda typo error lah)
Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel
Rajah 2
Seperti di Rajah 2, maklumat jantina, tekan pada sel kosong untuk membuat senarai data, selepas itu pergi ke Data Validation, di Validation Criteria pilih List, (sebelum itu, sila buat atau tulis data terlebih dahulu seperti lelaki, perempuan), boleh tulis data tersebut di mana mana sheet, ataupun di mana mana ruangan, selepas itu, di ruangan Source, sila highlight (pilih) data berkenaan jantina tersebut (lelaki dan perempuan). Lihat Rajah 3 di bawah ini ;

Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel
Rajah 3
Selepas mengisi di ruangan source, di sebelah tab setting, jika anda ingin mengisi caption notification seperti arahan untuk menekan list, boleh tekan sekali di tab input message, dan tulis, begitu juga dengan tab Error Alert, anda boleh meletakkan pemberitahuan kesalahan ralat (seperti di gambar Rajah 1).
 
Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel
Rajah 4
Mengikut dari gambar Rajah 4 di atas, dropdown list telahpun tersedia, boleh cuba tekan untuk memaparkan senarai jantina.
Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel
Rajah 5
Kedudukan data source boleh di letakkan di mana mana ruangan, seperti sheet 3,4 atau sebagainya, atau boleh letak di sheet yang sama dengan template borang anda, cuma kena hide kan source itu, supaya tidak di lihat ketika di cetak supaya tidak menganggu template anda. Boleh cuba juga cara yang sama, tetapi di validation critera pilih decimal (lihat gambar Rajah 6 di bawah), jika pilih validation criteria pilihan Date, boleh letak di ruangan data greater than, start date tu, boleh tulis ; =today(), kena letak kan tarikh selepas dari tarikh hari ini (sebagai contoh 5/2/2020), jika tarikh yang sudah lepas, automatik akan keluar ralat errror The value you Entered is not valid.


Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel
Rajah 6
Anda boleh menghadkan minimum dan maksimum jumlah, jika memasukkan nilai di lebih kecil atau lebih besar dari jumlah di data source kita, data akan keluar error ralat, dan perlu mengisi semula. (lihat gambar di rajah 6). Ini lah kelebihan dan Cara Cara Membuat Data Validation Di Excel. Selamat mencuba dan semoga berjaya.  

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.