Salam hujung minggu buat pembaca yang dikasihi sekalian, moga semua diberikan kesihatan yang baik untuk menyelesaikan urusan harian dan keluarga. Tutorial kali ini berkaitan Cara Meringankan komputer dan membaiki hardisk anda dari low memory, Komputer menjadi lambat karena temporary file terlalu banyak. Temporary file adalah file sementara setiap kali kita membuka dan mengerjakan tugas menggunakan aplikasi atau perisian yang tertentu. Maka komputer akan menyimpan file temporary pada harddisk. Semakin lama semakin banyak dan memberat sehingga memakan space hard disk dan komputer semakin lambat untuk memproses.

Cara cara untuk meringankan komputer yang lain antaranya seperti buang segala data di dalam recycle bin (tong sampah) dan lakukan proses defragment disk. Namun sering terlepas pandang berkenaan di bahagian temporary file. Bayangkan jika bertahun tahun anda menggunakan komputer atau laptop tanpa tidak pernah membuang temporary file,  komputer akan menjadi semakin berat, kerana hardisk semakin hari semakin penuh kerana banyak aplikasi yang digunakan.

Ok mari kita lihat cara cara bagi meringankan komputer di bawah ini ;

Cara Cara Meringankan Komputer anda ialah cuba pergi ke ;

1) Pergi My Computer atau My PC (Windows + E), tetingkap seperti Rajah 1 di bawah akan di paparkan. Right click pada tetikus dan tekan Open.
Cara Cara Meringankan Komputer
Rajah 1
2) Seterusnya, pergi ke Folder Windows dan right click, dan tekan Open untuk membuka. Lihat Rajah 2 di bawah ;

Cara Cara Meringankan Komputer
Rajah 2
3) Selepas itu, cari folder Temp dan right click pada folder tersebut, lihat Rajah 3 di bawah ;

Cara Cara Meringankan Komputer
Rajah 3

Cara Cara Meringankan Komputer

4) Selepas membuka folder Temp , anda boleh remove semua file di dalam itu, file dalam TEMP ini adalah temporary file, fail sementara yang di simpan di dalam TEMP setiap kali kita melakukan kerja komputer menggunakan pelbagai aplikasi. Bila hardisk berat, akan keluar error Low Memory, komputer, komputer menjadi semakin berat, dan tidak sempurna untuk menjalankan kerja kerja komputer, bila komputer berat, kerja tergendala, jom cuba  Cara Cara Meringankan Komputer ini. Selamat mencuba dan semoga berhasil.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Nice tips safirul..ummi baru tahu.patutlah rs mcm dalam disk xpenuh pn..tp asik low memory je...laptop ofis bnyk ade masalah ni.nt g ofis ummi nk cuba..thaak youu

    BalasHapus
  2. Menarik kebetulan slow dah pc saya ni

    BalasHapus
  3. alhamdulillah bagus sangat. boleh terus buat :D

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.