'Daddy, esok boleh tak Zeref tak payah pergi sekolah, kan dah pergi sekolah semalam dan hari tu? cukup la', begitu lah ayat Zeref Rayyan pada malam tadi, hurm dia ingat sekolah ni, satu hari je, sambil mata berair minta kasihan untuk mempertimbangkan cadangan dia, aku pun bercakap perlahan dengan dia, cadangan yang bagus tu Zeref, tapi kalau zeref tak pergi sekolah macam mana Zeref nak jadi juruterbang (Pilot)? Cita cita zeref kan nak jadi pilot?

Terus dia tarik muka masam. Zeref diam dan termenung sekejap,  dia fikir macam mana nak susun ayat menjawab dan jawapan dia, 'ok kalau macam tu, Zeref tak nak lah jadi juruterbang (pilot)', Aduhai anak, terus fobia nak jadi pilot semata mata tak nak ke sekolah. Haha

Sempat lagi memujuk memberi kata kata inspirasi dari petikan mahatma gandhi yang berbunyi "You must be the change you wish to see in the world"' dan teladan baik dari abang dan kakaknya, "cuba Zeref tengok abang dan kakak zeref", diorang pergi sekolah, kena bangun pagi, bersemangat untuk ke sekolah, sebab nak jadi pandai, kalau tak sekolah macam mana nak jadi pandai? Sekejap je di sekolah, lepas tu dah cuti (sabtu dan ahad). Zeref berkeras sambil menjawab,

No, i dont want go to school (bahasa jerman), sambil buka pembalut gula gula sugus. Jangan esok pagi dia buat perangai sudahlah. Hari itu, saja sakat dia, tunjuk dia gambar baby jepun, aku cakap dengan dia, nanti zeref dah besar kahwin dengan dia ya, cantik baby inii, dia cakap, zeref tak suka dia, taknak lah! Ok kalau tak suka, Zeref pergi ke sekolah ya, kalau taknak pergi sekolah kena kahwin lah, dia cakap takpa la Daddy, Zeref kahwin jela, haha

Harap Esok Pagi Dia Bersemangat

Dia dah tidur, harap esok pagi dia bersemangat ke sekolah, dalam keadaan catuan bekalan air di negeri melaka , rimas pula memikirkan pasal air ni, nak ambil cuti kecemasan risau terlalu ambil masa memujuk dia ke sekolah nanti, itupun kalau si Zeref menangis masa nak pergi ke sekolah, Ermm, tak boleh nak lelap mata, tengah fikir macam mana esok pagi nanti, macam mana nak pujuk dia ke sekolah nanti? Selamat hari lahir Zeref.

Harap Esok Pagi Dia Bersemangat

Pagi ini Zeref bersemangat ke sekolah, itupun selepas beritahu dia yang hari ini adalah hari jumaat, seperti kata kata Alfred Pennyworth, Why do we fall sir? So that we can learn to pick ourselves up. Zeref terdengar kata kata tu, lagi lah dia bertambah sedih, dan pura pura tidur, makin sedih. haha

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. sama lah dengan anak saya yg umur 5 tahun. setiap hari akan tanya kenapa saya kena pi sekolah :D

    BalasHapus
    Balasan
    1. Dah biasa duduk rumah, bangun pagi tengok kartun, tiba tiba kena belajar ikut peraturan sekolah,..itu lah jadinya..:)

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.