Penat jadi orang belakang tabir (behind the scene), bukan nak merungut atau berkira sebenarnya, Tidak mengapalah, mungkin the best is yet to come seperti kebanyakannya yang lain beritahu. Ini bukan artikel meroyan sebab tidak dihargai, tapi realiti yang berlaku di dalam organisasi, kesian pekerja teknikal bawahan yang bertungkus lumus selama ini, membangunkan sesuatu demi kepentingan organisasi, akhirnya pekerja ini tidak di pandang oleh organisasi. 

Sebagai orang teknikal yang bekerja di belakang tabir sejak 15 tahun, pasti akan merasai apa yang cuba hendak disampaikan ini, apa lagi sebenarnya yang organisasi mahu? Malah. macam macam kesalahan pula yang timbul, bukan menghargai malah mula mencari satu kesalahan, sebaliknya kebaikan kebaikan yang pernah dilakukan selama ini di lupakan begitu sahaja, hanya kerana satu titik hitam, dianggap teruk dan tidak layak menjadi cemerlang. Ah pergi lantak la, hanya buat kerja seperti biasa, kerja hakiki dan yang paling utama, cukup masa, pulang, jangan bertangguh. Hargailah Kakitangan Di Tempat Kerja tak berdosa pun bagi organisasi jika menghargai pekerja pekerja mereka, janganlah pilih kasih berat sebelah.

Cadangan pada organisasi, kumpul kan lah semua pekerja cemerlang yang telah nobat sebagai cemerlang, bahagikan mereka ini kepada berberapa kumpulan, bantu bersama sama menjayakan program majlis mereka ini, ini majlis penghargaan untuk mereka, sebab apa? kalau diiktiraf cemerlang, sepatutnya can do anything without excuses demi organisasi, apa kriteria pemilihan? 

Hargailah Kakitangan Di Tempat Kerja

Cadangan yang terakhir, lakukan (technology outsourcings), carilah syarikat luar, lantik mereka buat video montage, bayar mereka dengan harga yang ditawarkan. Kadang kadang nak gelak pun ada, kualiti video output sama, tapi sanggup bayar berpuluh ribu, malas nak beriya iya tunjuk pandai, sebab takut orang ambil kesempatan. Dalam setahun penilaian, takkan tiada satupun kebaikan dan sumbangan mereka ini kepada organisasi? Jika ada sedikit masalah, beri reward, untuk pulihkan semangat supaya kerja lebih keras.

Hargailah Kakitangan Di Tempat Kerja, tak rugi pun, malah akan menjadikan sesuatu organisasi lebih produktif dan kepada organisasi jangan lah bersikap take for granted atau ambil mudah tentang kebajikan pekerja. Pekerja adalah jantung kepada organisasi.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.