Semasa tengah leka mandi di dalam bilik air sambil menyanyi lagu kegemaran, berlaku peristiwa menyeramkan, terperasan sesuatu objek sedang mengintai ketika sedang leka menyabun tanpa seurat benang, di benak aku, terfikir, eh siapa pula ni, main intai intai pula, Di akhir zaman, makin pelik, orang jantan sibuk nak jadi perempuan, orang perempuan beriya iya nak jadi lelaki. Dunia oh dunia.
Orang lelaki zaman sekarang ni pun bukan boleh percaya sangat, banyak yang berfahaman LGBT, dunia makin dah tak selamat lagi, sebab golongan transgender pun makin berleluasa, risau juga wei, kelibat tersebut masih memandang tepat pada aku, tak berkelip mata langsung, Eh, betul ke tak ni? langsung pandang tak berkelip ni, hah, kacau jela, Tidak sedap hati dibuatnya, adakah susuk entiti tersebut bukan manusia? Kelibat siapa pula yang mengintai ini? Di sebabkan aku ni anak jantan, aku lawan juga perasaan takut itu, aku tenung dia sambil menjerit pada dia, Hei, awak nak apa sebenarnya ni ya? kenapa kacau dan intai saya mandi ni? agak kuat dan tegas nada aku kali ini, Dia tetap diam dan masih teruskan kerja terkutuknya iaitu mengintai.
Selepas itu, suara lain pula yang menyahut dari luar bilik air, eh, kau dah kenapa? jerit sorang sorang dalam bilik air ni? tak boleh mandi senyap senyap ke? Aku libas tulang belakang kamu nanti! bertuah punya budak. Eh itu macam suara emak aku.
Artikel ini, hanya sekadar hiburan, Di ubah sedikit dari cerita asal agar lebih menarik jalan penceritaannya. Selamat berhibur semua.
Haha terhibur mama baca
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.