Selepas solat berjemaah bersama keluarga, dan sebelum semua masuk tidur jam 9.30 malam, sempat meluangkan masa bermain permainan kad keldai ni, lama jugalah tak main permainan kad ini, selalunya bernasib malang bila main donkey kad ni, asyik dapat donkey je, tinggal dua kad lagi , sikit lagi nak menang, tapi salah tarik kad pada lawan, tertarik kad keldai ni pula, kesimpulannya malam tadi, tewas 

Sebagai ibu bapa, aku sibuk dengan hal kerja,mengajar, tapi, yang lucu, kayanya tidak, cari banyak mana pun, duit tetap tak pernah cukup, bila fikir semula, berapa lama lagi mahu hidup, apa lagi sebenarnya yang nak dalam hidup ini? Pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap, sampai je rumah, mandi, solat, makan dan tidur, itu sahajalah rutin kehidupan, bilanya masa nak senyum dan bercakap dengan anak anak? hidup ini untuk kita gembira, bahagia dengan kehidupan, sentiasa mengingati dan bersyukur dan sujud pada Nya.

Seronok meluangkan masa dengan permainan kad ini, tapi, dengan modal yang rendah, seronoknya lain macam bila aktiviti pemainan sebegini, teringat masa kecik kecik dulu, baik berkumpul sambil main permainan kad bersama sama, seronok! Cara lain untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga, dengan makan bersama sama di meja makan dan solat berjemaah bersama sama.

Biasanya setiap ahad atau isnin malam, kami akan main permainan kad macam ini, tapi selepas urusan solat berjemaah selesai, aku rasa diorang menang sebab mereka lihat pantulan kad di cermin mata yang aku pakai, diorang macam tahu kad keldai tu kat mana, suspicious ni sebab masa diorang nak pilih kad tu, diorang pandang kat cermin mata aku.

Seperti kata kata dari Bruce Willis, “Your kids need your love and attention, and being able to devote myself to them is very fulfilling. As I get older, spending time with my daughters makes things much easier. You learn to put your ego aside.”

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar