Pada 25 hingga 26 Februari 2020, saya telah menguruskan hal adik nombor empat (4) sebab dia ada temuduga di Institut Latihan Kecemerlangan MARA JAWI Pulau Pinang, penat jugalah memandu dari melaka ke pulau pinang, lenguh pinggang dan letih di buatnya, nak biarkan emak dan ayah memandu, risau pula, terpaksalah ambil cuti dua hari untuk menguruskan hal adik di sana.
Sementara menunggu adik selesai temuduga dia, mak tiba tiba dapat ilham ajak ke sungai petani, jumpa sepupu dia, bermula lah sesi jejak kasih, setelah tiba, kami di bawa ke suatu tempat yang pernah dilanda tsunami iaitu kuala sungai muda, cuaca sangat panas terik ketika itu, hanya mampu angguk angguk geleng kepala sahajalah. Pertama kali saya menjejaki kaki di kedah. Untuk makluman, Kuala Sungai Muda adalah antara kampung yang pernah di landa musibah tsunami pada tahun 2004 kalau tidak silap, memang menakutkan dan insaf sekejap apabila mendengar penjelasan pasal tsunami. kata penduduk di situ lagi, ketingginan ombak air laut yang menghempas pantai kuala muda masa tu ialah setinggi pokok kelapa. menakutkan.
Selepas melawat kawasan yang dilanda tsunami, kami dibawa ke Pantai Sayak, kawasan rekreasi yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah, air laut dia warna hijau kebiruan, memang cantik, kami sempat berkelah duduk di pantai ini sambil menikmati juadah ikan bakar cicah air asam, terung bakar dan air kenduri, apa tu air kenduri ? Orang kedah panggil air sirap ialah air kenduri.
Masalah utama yang kami hadapi di Pulau Pinang ialah susah nak mencari kedai makan di waktu malam, susah juga nak mencari kedai yang betul betul melayu sebaliknya kedai mamak dan kedai makan cina yang banyak di buka pada waktu malam, maklumlah kami orang luar, kurang mahir sikit selok belok lokasi makan di pulau pinang, tapi tidaklah menjadi masalah besar, sekarang kan zaman 2020, semuannya hanya di hujung jari, boleh google, dan akhirnya terjumpa pula kedai makan viral namanya kedai Pak Mat Western, terletak di nibong tebal, pulau pinang rasanya.
Pantai Sayak |
Ramai betul orang di kedai Pak Mat Western ni, kena beratur panjang, dari segi kualiti perkhidmatan, memang laju dan cepat pekerja ambil order, makanan pun cepat sampai, makanan western nya pula memang terbaik lah, padu, sedap dan harga sungguh berpatutan sesuai dengan rasanya yang hebat. Fuh.
Maaf, gambar makanan tak sempat nak ambil banyak sangat, sebab waktu ini, memang lapar, makanan sampai je, terus makan. lepas makan, baru teringat nak ambil gambar. Insyaallah, jika ada kesempatan lagi, saya akan ke sana semula.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.