Di rumah ada membela dua (2) ekor kucing jenis persian (parsi), bezanya tua dan muda, yang tua namanya Lola dan si muda namanya Lisa. Tabiat si Lola ni, selepas waktu isya', dia akan menaiki tangga menuju ke tingkat dua, melalui bilik terus ke luar, selalu minta di bukakan pintu untuk keluar dan duduk di atas hingga waktu azan subuh, cara kucing ni nak masuk dalam rumah, akan cakar cermin, tandanya minta nak masuk dalam bilik semula, itulah rutin di setiap awal pagi, kena bangun dari tidur untuk bukakan pintu untuk dia masuk ke dalam rumah. masuk waktu subuh je, pengawal keselamatan ini akan minta masuk dalam rumah.
Seronok dia duduk di luar tu, berjalan jalan dan bermain, termenung, entah apa dia kejar di luar tu, kalau dia bosan duduk kat luar, dia akan ajak aku sekali duduk melepak dengan dia, begitulah setiap malam, lebih banyak layankan si lola ni.
Mengiau ngiau buat bising dekat luar, tapi bila bukakan pintu, diam dan taknak masuk, sibuk nak ajak kita sekali duduk kat luar sama sama dia, benci! dah le sejuk, nyamuk pun banyak. Macam pengawal keselamatan mengawasi rumah, tapi duduk dekat ruang atas, seronok asyik pandang ke bawah je, kagum semacam. Eh, belum pernah lagi nampak kucing di kawasan sekeliling, gatal duduk melepak kat ruang atas sambil pandang kiri kanan, atas dan bawah, rasanya seronok tengok bulan, macam kacuk serigala pun ada. Pelik dengan perangai pengawal keselamatan yang mengawasi rumah ini.
Bila fikir semula, mulia kucing ini walaupun kadang kadang membingitkan telinga dengan suaranya, bunyi cakar cakar cermin slide. tujuan dia, sebenarnya nak kejutkan waktu untuk solat subuh, terharu, Allah turunkan makhluk seperti lola ni, untuk mengingatkan kita agar sentiasa ingat padaNya.
Kebiasaannya, lepas bukakan pintu untuk dia masuk dalam rumah di awal pagi (subuh), betul betul masa surau berhampiran, tengah azan, dia akan minta masuk dalam rumah, lepas bukakan pintu slide, aku akan tidur balik, tarik selimut, sehinggalah bangun semula untuk hantar Zeref Rayyan ke sekolah, masa tu, barulah nak solat subuh tapi dalam keadaan tergesa gesa.
Kucing ni dia faham apa yang kita fikir dalam hati, dia tahu kita sayang dia, kita cakap dengan dia pun dia faham, pernah juga bersembang dengan dia ayatnya berbunyi seperti ini, 'Lola, kenapa ya, kita tak aniaya orang, tapi kenapa orang selalu aniya kita, apa pandangan awak'? Si Lola ni hanya gelengkan kepala dan mengiau giau je bunyi suara dia macam baby tercekik susu, buat sakit hati je, lepas tu, aku cakap lagi pada dia, 'Lagi sekali kau, panggil lepak luar,buat bising, aku keluar lepas tu aku humban kau ke bawah'..! haha, merajuk si lola ni, makan taknak apa taknak, tapi lepas kena belai, terus ok. Gurau gurau je. Terapi dari hilangkan stress di tempat kerja, bila bersama haiwan ini, dapatlah merawat minda yang tertekan.
alhamdulillah rezeki
BalasHapusi love cats !
BalasHapushaha mcm mana suara tercekik susu tu ye
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.