Hari ini hampir semua status di media sosial, bercerita pasal hal politik tanah air, sampaikan dipejabat ada yang tersenyum dan ada yang berduka muka masam (mungkin jawatan lantikan politik), alasan tersenyum sebab perdana menteri telah letak jawatan lah, parti keluar dari pakatan lah, dari tengahari sampai ke dalam lif orang ramai sibuk bercerita, diorang punya gembira macam esok hari raya wei.

Permainan politik memang begini, jangan di ikut sangat permainan diorang ini, hari ini mereka bertelagah dan sengketa, esok mereka berbaik semula, Kita sibuk update status menghentam, mencaci, mengutuk, keputusannya mungkin tiada apa apa yang berlaku (rombakan kerajaan), haha, cukup lah, jangan huru harakan lagi, takut nanti yang rugi korang juga, Apa apapun tunggulah keterangan rasmi dari pihak istana sama ada rombakan kabinet ada atau tiada.


Ambil iktibar dari apa yang berlaku, jaga rakyat, jaga kebajikan, dan jangan sombong dan berat sebelah, jangan biarkan sesuatu yang serius melangkaui undang undang, bersalah tetap bersalah. Semasa peralihan kerajaan yang lepas (PRU 14), baru lihat True Color masing masing yang tidak setia, tapi tiba tiba rancang bentuk kerajaan baru (kerana mungkin sangkaan mereka perintah sepenggal sahaja). Orang lama, perangai lama cuma berbeza parti. ah, malas campur permainan politik ini. Ahli politik lompat parti ke, keluar parti ke, kena pecat ke, eh, duit mereka pun tak habis pakai, kita? 


Peningkatan sara hidup meningkat, harga barang keperluan melebihi pendapatan menuju inflasi, banyak bil dan hutang nak kena bayar, barang dapur nak kena beli setiap bulan, siapa nak beri duit pada kita? Periuk nasi kena jaga, jangan di sebabkan permainan politik orang atasan kita terjejas,  ini semua sandiwara lakonan demi kepentingan diri, kalau nak jadi pemimpin pastikan memberi manfaat pada rakyat, kurangkan birokrasi dan bantu rakyat kurangkan beban rakyat. Jadikan pengajaran dari apa yang terjadi. 

Permainan Politik Memang Begini
Sumber dari, Malaysia Kini

Ini bukan blog politik tapi hanya turut serta memeriahkan cerita politik hari ini. Jom makan meggi kari letak udang dan sayur, haha kelakar.

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

  1. Pening kepala rakyat kalau ikut game orang politik nih :)

    BalasHapus
  2. Berdebar jg melihat pergolakan..

    BalasHapus
  3. permainan,

    dia bukan biasa...berbisa..

    tapi yelah, kita rakyat marhaen ni ibarat manusia dalam pertempuran alien vs predator..

    singgah sini, entri yang matang dan bermanfaat, sedap megi kari campur udang sayur tu tambah pulak ada cheese, terangkat..haha

    BalasHapus
  4. mmg.. kalau dah namanya politik kan.. uishh pening kalau nak layan

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.