Sebenarnya saya tidak berapa minat di masukkan di dalam mana mana group whats app sama ada di jemput (invite) atau mencipta group whats app sendiri , melainkan ada kepentingan perniagaan, perkongsian ilmu bermanfaat, berkaitan hal kerja, keluarga dan bertujuan menghebahkan info yang bermanfaat. Itu tidak mengapa, dan adakah menjadi suatu kesalahan berat apabila keluar (left) secara tiba tiba ? Kelakar juga, nampak macam remeh tapi menjadi serius sehingga menjadi pelbagai spekulasi dari ahli group yang lain, ada yang sentap dan merajuk dengan tindakan kita, padahal hanya keluar dari whats app group sahaja, kalau berborak pun hanyalah borak borak kosong sahaja, memang membosankan.
Jadilah diri sendiri, kalau tidak suka dan tidak setuju akan sesuatu perkara yang di bangkitkan, nyatakan pendirian anda, jangan bersikap hipokrit. Jangan biarkan hidup anda ditentukan oleh orang lain, seperti petikan kata kata di dalam filem Sepi, jangan biarkan ketakutan menghalang kebahagiaan, jangan di sebabkan semata mata nak menjaga hati, sanggup 'setia' walaupun terpaksa, Selepas keluar dari group whats app, ramai yang mesej, aku ada buat apa apa salah ke? sampai kau keluar group? aduh, masalahnya, telefon saya ini, bukan aku sahaja yang lihat, di sebelah malam, anak pula yang semak telefon, sebab anak nak main game, kalau korang hantar gambar yang bukan bukan, video merepek, ayat orang dewasa yang menghina memaki hamun, apa pula kata anak aku nanti, bagaimana penilaian mereka nanti kepada ibu bapanya?
Hanya di sebabkan keluar dari whats app group, hubungan menjadi rengang, bermasam muka, tidak bertegur siapa, bercerita belakang, hanya kerana persepsi dan spekulasi yang dicipta mengikut logik akal sendiri. Lihatlah bagaimana teknologi yang diciptakan barat, memecah belahkan silaturrahim kita? Ada apa pada social media ini semua?
Biarkan masing masing membuat keputusan mengikut kehendak mereka, media sosial seperti whats app mungkin boleh menjadi medium mendekatkan yang jauh, namun sentiasa berhati hati kerana pemahaman masing masing mungkin berbeza, mesej yang di sampaikan melalui teks mesej mungkin mudah disalah ertikan. Ada perkara yang perlu di beritahu secara bersemuka (face to face), berbagai ragam perangai ahli di dalam group whats app, ada yang jenis seperti CCTV, ada yang suka hantar video dan lagu, ada jenis yang suka hantar maklumat copy paste, dan paling sedih jenis kaki forward maklumat yang tidak tepat dan sahih.
Nasihat yang baik
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.