Program hujung minggu pada hari ini ialah memenuhi semua undangan majlis kenduri rakan, melawat bapa saudara di hospital akibat penyakit kencing manis, selepas itu ke pasaraya membeli barang keperluan dapur, agak santai sedikit aktiviti hujung minggu kali ini dan yang paling lega sekali, dah tiba awal bulan tiga (3) Mac. (Jangan kisah sangat pasal tarikh maret tu, sebab blog ini berbahasa indonesia). Senang sikit nak kawal perbelanjaan, maklumlah barang semakin mahal sekarang ini, kena buat catuan, perbelanjaan berfasa fasa. 

Kesimpulannya ialah dapur rumah tidak berasap pada hari ini, kerana banyak jemputan makan  di majlis kenduri, Alhamdulillah, terima kasih kerana menjemput, sedap betul lauk pauk di majlis kenduri siang hari tadi, Selepas selesai hadiri semua undangan, kebetulan terlihat pula di status whats app sepupu bertulis yang bapanya kini di hospital besar, kerana menjalani pembedahan kecil akibat penyakit kencing manis.


Rasa besalah pula kalau tidak melawat bapa saudara kan, sekejap pun tak apalah, yang penting ambil bahasa, gembira dia bila anak buah datang melawat, bapa saudara saya telah berumur 71 tahun, dan dia sendiri tidak sangka dengan umur sebegitu ada mengidap penyakit kencing manis, itupun sebab ada luka kecil di tangan dan tidak sembuh malah makin bernanah, kalau bab makan, memang dia main bedal je, masakan melayu kan sedap, dia kata lagi, apa taknya, bila celik je mata dah menghadap nasi putih, kuih muih manis, sambal ikan bilis, lauk masak lemak cili api, asam pedas melaka, dan manis manisan.

Ketika berborak, jururawat datang hantar makanan, dia bagi isyarat tangan menunjukkan seperti tidak mahu, nurse tu senyum, aku pun cakap pada dia, kenapa tak ambil makanan? nanti lapar, dia kata tak sedap! baik makan kat rumah macam macam ada, peh, tak insaf betul! haha. Sebelum balik, sempat juga menasihati dia (bapa saudara) agar kawal permakanan, elakkan dari buat aktiviti lasak agar tidak terluka, tapi seperti biasa lah ayat dari orang tua, ala, aku dah berumur 71 tahun, dah bercucu dah, hah, apa lagi aku nak buat lagi, rumah kata pergi, kubur kata marii. Balik nanti dia nak suruh bini dia buat lauk asam pedas dan masakan yang lain seperti biasa.

Pembedahan Kecil Akibat Kencing Manis

Sebelum pulang, beliau sempat memberi ceramah tazkirah dan nasihat, pergi lah check up sementara usia masih muda, pergi ambil darah. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.