blogbanner2020plgnew latihanICT

4 Apr 2020

Cara Cara Merakam Permainan Video Game

Berikut adalah tutorial untuk merakam permainan video games yang anda mainkan di smartphone versi android, sudah pasti kita semua bosan terkurung di rumah menuruti arahan perintah kawalan pergerakan di fasa ke-2 ini sehingga 14 April 2020, pelbagaikan lah aktiviti yang cergas dan sihat di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini dengan sebaiknya. Bagi yang berminat bermain permainan game dan ingin mencuba berkongsi permainan (gameplay) video anda di media sosial seperti youtube, instagram atau sebagainya, boleh cuba Cara Cara Merakam Permainan Video Game versi android ini, boleh merakam, membuat tutorial permainan video dan sebagainya. 

Mungkin ada yang kurang faham bagaimana proses Cara Cara Merakam Permainan Video Game kegemaran anda. Mari kita lihat Cara Cara Merakam Permainan Video di bawah ini, boleh ikut langkah demi langkah, sangat mudah. Siapa yang berusaha pasti berjaya. 


Pertama sekali, cari Google Play Games di telefon pintar android anda (lihat Gambar 1 di bawah), jika tiada, boleh cuba install di play store, biasanya automatik install apabila kita menginstall mana mana permainan video (games) kegemaran. Apa itu Google Play Games? Ia adalah sebuah aplikasi yang memudahkan kita menjejaki permainan video yang pernah di pasang sebelum ini di telefon anda, sebagai contoh, apabila kita membuka telefon yang lain, dengan emel login yang sama (melalui emel), data game anda akan syncronise secara automatik, contoh yang lain, kalau ada telah bermain di level 10 sebelum ini, dengan adanya play games menggunakan akaun login dan password emel yang sama, anda akan di bawa ke Level 10 yang sama, tidak perlu membuang masa bermain dari awal.  
Cara Cara Merakam Permainan Video Game
Gambar 1
Selepas tekan pada Google Play Games, anda akan lihat seperti di Gambar 2 di paparkan di bawah;
Cara Cara Merakam Permainan Video Game
Gambar 2
Cari permainan video (game) yang anda telah install sebelum ini, (lihat Gambar 2 di atas), sebagai contoh saya memilih permainan game kegemaran saya iaitu Mobile Legends, pilih Mobile Legends, jangan terus tekan pada butang Play kerana tujuan sebenar adalah untuk merakam kan? Untuk merakam permainan video game ini, adalah dengan tekan pada gambar game tersebut. (lihat Gambar 2 di atas).

Selepas tekan sekali pada gambar game yang anda mahukan (lihat Gambar 3 di bawah), gambar seperti di bawah akan di paparkan.

Cara Cara Merakam Permainan Video Game
Gambar 3

Seperti di paparan di atas (lihat Gambar 3), akan terlihat icon seperti yang di tandakan di atas, ikon video. tekan sekali pada ikon video tersebut.

Cara Cara Merakam Permainan Video Game
Gambar 4

Selepas anda tekan pada ikon video tersebut, akan di paparkan paparan seterusnya iaitu seperti paparan Gambar 4 di atas. Tekan sekali pada butang Launch dan akan keluar berberapa butang seperti gambar 5 di bawah.

Cara Cara Merakam Permainan Video Game
Gambar 5
Nah, sekarang anda boleh merekod dan merakam sesuka hati dan upload di mana mana media sosial milik anda. Hanya untuk tujuan hiburan sahaja, sekadar hilangkan bosan duduk rumah di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya tutorial Cara Cara Merakam Permainan Video Game ini, trial and error itu penting untuk ke arah lebih faham dan lebih baik.

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. ynag ini yang orang kata streaming tu kan. duk main video sambil online

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ya Rasanya, boleh cuba kalau ada Smartphone...:)

      Hapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih