Apa khabar semua? diharapkan semuanya sentiasa sihat dan tenang menghadapi perintah kawalan pergerakan PKP di fasa ke-3 ini, memang memeritkan, gunakan masa yang ada ini dan terluang untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan sebaik mungkin, kalau boleh satu hari satu ilmu. bukan apa tanpa ilmu siapa lah kita. Jangan buat perkara yang sia sia apabila duduk di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Tutorial kali ini, ialah Cara Membuat Frame Di Profil Facebook, apa itu frame profile? frame profil ialah kita boleh meletakkan sebarang design seperti frame, logo bergambar dan sebagainya. 

Di frame editor anda boleh meletakkan gambar yang sedia ada di internet atau pun boleh mencipta design anda sendiri, akan tetapi perlu ada asas di dalam perisian design terlebih dahulu seperti adobe photoshop atau adobe illustrator. Sudah pasti kita mahukan kelainan di akaun facebook kita betul tak? Lain dari yang lain, dan pengguna yang lain juga boleh menggunakan frame design anda jika anda membenarkan untuk di gunakan di gambar profil mereka.

Jom kita lihat Macam Mana Cara Membuat Frame Di Gambar Profil Facebook? Boleh lihat langkah demi langkah di bawah ini , amat mudah. Buat design anda terlebih dahulu di perisian design, selepas itu terus ke link ini di SINI
Cara Membuat Frame Di Gambar Profil Facebook
Rajah 1

1)  Seperti di Rajah 1 di atas, untuk memuat turun gambar, logo atau sebagainya, boleh klik di SINI . Pilih Create Frame , (sebelum itu, login akaun facebook anda terlebih dahulu). kalau lihat di Rajah 1 di bahagian kanan atas, ada butang Open Frame Studio, klik sekali di butang tersebut.

Cara Membuat Frame Di Gambar Profil Facebook
Rajah 2
2) Selepas itu sila tekan Upload Art (lihat Rajah 2), selepas upload memasukkan logo atau design anda, tentukan layout dan susun di bahagian mana yang anda mahukan, selepas itu tekan butang Next.

3) Isikan maklumat seperti nama frame anda dan keyword yang sesuai, untuk memudahkan anda mencari semula logo tersebut untuk menggunakan di akaun facebook yang lain. Seterusnya sila tekan butang Publish.
Cara Membuat Frame Di Gambar Profil Facebook
Contoh Frame Di Gambar Profile FB

Itu sahaja langkah langkah Cara Membuat Frame Di Profil Facebook,mudah kan? harap tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua. Semoga berjaya.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar