bannerbaru2020 skytech2020new latihanICT

7 Apr 2020

Emosi Tidak Berapa Stabil Bila Di Rumah

Ketika ini, hampir dua minggu berkurung dan emosi tidak berapa stabil bila duduk rumah diam diam disebabkan mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan (PKP), tapi sekali sekala, keluar sekejap ke kedai depan taman untuk beli sedikit barang dapur dan roti. Biasa la, sebelum arahan perintah kawalan pergerakan dah terbiasa keluar ke sana sini, mengajar dan berurusan dengan orang ramai, lepas tu, macam macam mesej masuk, pasal kerja, berkaitan mengajar, macam macam pertanyaan dan arahan kerja. 

Sebenarnya malas nak melayan, sebab di rumah suasana nya berbeza, orang putih kata no feels, walau bagaimana pun semua nya berjaya di selesaikan satu persatu. Anak ramai, dengan perangai sorang sorang bising, bergaduh, nak ke pejabat risau pula, sebab arahan pergerakan di perketatkan sekarang ini.

Lepas buka laptop, tengok pula telefon, lepas tu makan, tengok televisyen sekejap, lepas tu buka laptop semula, begitu lah hari ke hari, di telefon, macam macam mesej dan berita palsu orang forward, tak selidik terlebih dahulu selepas itu terus sebar, macam orang tidak berakal. lagi kusut di buatnya, entah apa niat mereka, mungkin bertujuan menakut-nakutkan atau forward membuta tuli. Statistik hari ini, berjaya keluar dari group whats app yang tak memberi manfaat dan faedah. Kalau berlarutan tempoh PKP ini, keras membeku wei. Tekanan juga duduk di rumah, macam macam gangguan dan puas makan sampaikan tak tahu nak buat apa lagi. Haha
Emosi Tidak Berapa Stabil Kini

Kadang kadang tak berapa faham dengan sikap masyarakat di Malaysia ni, masih ada yang degil keras kepala keluar saja saja, jalan jalan seperti makan angin, lepas tu melepak di kedai duduk minum teh tarik macam hari hari biasa sebelum Covid-19, langsung tidak menghiraukan arahan dari pihak berkuasa, orang seperti ini selfish (pentingkan diri sendiri), kalau mati seorang tak apa jugalah, ini soalnya berjangkit dengan orang yang tidak berdosa. 

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih