bannerbaru2020 skytech2020new latihanICT

24 Apr 2020

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Buat Semua

Salam dan selamat sejahtera, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada pembaca blog ini, selamat menunaikan ibadah puasa, sucikan hati bersihkan jiwa, jaga lisan dan pertuturan, di bulan yang mulia ini, perbaiki diri ke arah yang lebih baik, seperti yang semua telah maklum, tempoh perintah kawalan pergerakan  di lanjutkan lagi dua (2) minggu kepada pertengahan bulan Mei 2020. Diharapkan sentiasa mematuhi perintah kawalan dan menunaikan Ibadah Puasa dalam keadaan bersederhana, elakkan pembaziran makanan dan berhenti sebelum kenyang.

Di dalam keadaan berjaga jaga ini, sudah pasti pergerakan kita terbatas, lakukan perkara yang berfaedah dan manfaatkan hari hari anda agar tidak menjadi sia sia, antara perkara bermanfaat adalah seperti membaca buku sama ada secara konvensional ataupun online (atas talian), membantu keluarga menyediakan juadah berbuka puasa, solat, membantu insan lain yang memerlukan, mengeratkan silaturrahim sesama tetangga, mengemas rumah, meluangkan masa bersama anak anak serta ahli keluarga atau sebagainya.

Sepanjang cuti menghadapi PKP Fasa-3 dan 4 ini, banyak juga perkara baru yang di pelajari, Alhamdulillah diberikan kekuatan ingatan dan Allah bantu untuk memudahkan urusan dalam proses pembelajaran.


Untuk makluman semua, Kelas ICT Online berjalan seperti biasa, kepada yang berminat boleh mendaftar di SINI . Konsep pembelajaran ini secara two way, dalam bentuk online share screen streaming dan bahan bahan pembelajaran seperti nota atau sebagainya boleh di dapati di channel Classroom yang di sediakan. Yuran kelas teramat murah dan berbaloi. Bantuan pembelajaran akan berterusan sepanjang masa melalui saluran media sosial seperti whats app, facebook dan lain lain.

Kelas Online Komputer Safirul Amar


Selamat menunaikan Ibadah kepada semua muslimin dan muslimat. Manfaatkan hari anda dengan perkara yang bermanfaat. Semoga ibadah kita sepanjang bulan mulia ini diterima Allah S.W.T.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Utsman bin Umar telah menceritakan kepada kami Abu Amir Al Khazzaz dari Abu Imran Al Jauni dari Abdullah bin Ash Shamit dari Abu Dzar dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Jika kamu masak sayur perbanyaklah kuahnya, lalu bagikanlah kepada tetanggamu, " HR. Ibnu Majah 3353

Anda Mungkin Meminati :

5 komentar:

  1. Selamat menunaikan ibadah puasa ya

    BalasHapus
  2. Selamat berpuasa. Salam perkenalan https://shalmilanadya.blogspot.com/

    BalasHapus
  3. selamat berpuasa utk safirul sekeluarga. jemput lah join segment mama

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih