Di kesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan rakan rakan bloggers semua, maaf di pinta dan mohon di ampunkan dosa jika ada tersilap tutur kata, tertulis sesuatu yang menguriskan hati, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian. Amin
Suasana raya tahun ini berbeza, dalam kepahitan ada kemanisan di mana, semua adik beradik dapat berkumpul bersama sama, berbeza dengan tahun tahun sebelum, pasti ada yang kurang, di sebabkan giliran beraya di rumah mertua masing masing, tahun ini semua adik beradik ada dan kami beraya di Melaka, kebetulan semua kerja di dalam Melaka dan rumah emak ayah pun di Melaka. Walaupun dapat keluar beraya selama sehari sahaja, masa yang di benarkan itulah, puas berjalan berjumpa sanak saudara, sepupu rapat dan emak dan bapa saudara. Alhamdulillah, di permudahkan segala urusan di hari raya pertama.
Lama tak kemaskini blog ini dan akses blog sendiri, kalau blog ini dalam bentuk fizikal, bersawang labah labah dah ! trafik pengunjung pun agak down sedikit, Ramadhan kali ini berlalu begitu sekejap, dalam sedar tak sedar, telah masuk di hari raya yang ke-empat. Terima kasih kepada yang menghantar ucapan hari raya melalui SMS dan whats app, maaf jika aku tidak membalas mesej ucapan hari raya kalian kerana di sebabkan banyak perkara yang berlaku sebelum hari raya menjelang, antaranya seperti server sistem di pejabat di serang oleh Malware virus Ransomware, memang tiada ubat dan penyelesaiannya, semua fail telah di encrypt, di saat semua orang hanya bergantung kepada sistem online, ada sekumpulan manusia yang tidak bertamadun mengambil kesempatan untuk menyerang rangkaian termasuk sistem sistem kerajaan. Memang memeningkan kepala juga di buatnya, hilang semua database bayaran dan maklumat awam yang berkaitan. Namun ada berberapa sistem yang sempat di selamatkan.
Akhir kata, Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir dan Batin. Teruskan membaca sesuatu yang bermanfaat di blog ini dan sentiasa membuat kebaikan. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum .
Kesibukan yang lain, banyak terlibat dengan aktiviti agihan bantuan keperluan harian dari parti parti politik dan NGO kepada penduduk kampung yang memerlukan, memang padat betul aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.
selamat hari raya cikgu =)
BalasHapus𝕾𝖊𝖑𝖆𝖒𝖆𝖙 𝕳𝖆𝖗𝖎 𝕽𝖆𝖞𝖆 𝕬𝖎𝖉𝖎𝖑𝖋𝖎𝖙𝖗𝖎 𝕸𝖆𝖆𝖋 𝖅𝖆𝖍𝖎𝖗 𝕭𝖆𝖙𝖎𝖓.
BalasHapusSelamat Hari Raya!
BalasHapusAssalamualaikum. seronoknya dapat join NGO utk agih bantuan. Saya dah lama tak merasa aktiviti macm tu. Selamat hari raya!!!
BalasHapusSalam Aidilfitri..
BalasHapusSenarai pemenang segmen dah keluar :)
https://ejulz.blogspot.com/2020/06/pemenang-segmen-ucapan-buat-frontliners.html
Hari ni dah 27 Syawal sempat lagi kot kalau Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin juga.
BalasHapusAlahai memang kesian kalau sistem dah terkena virus. Mujurlah masih ada yang sempat diselamatkan.
mama oun minta maaf kalau ada salah silap ye.. eh dah abis raya pun. takpelah minta maaf bila2 pun boleh
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.