Pada penghujung April 2020 yang lalu, aplikasi komunikasi terkemuka iaitu Whats App telah melancarkan versi terbaru yang menampilkan tambahan fungsi ciri ciri di video call di mana kini anda semua boleh membuat panggilan video seramai lapan orang secara serentak di dalam satu masa panggilan, berbanding sebelum ini, di mana hanya (4) empat orang sahaja yang di benarkan dalam satu panggilan video call. Dengan pengemaskinian aplikasi whats app ini, perhubungan panggilan video menjadi semakin meriah dan ramai yang boleh menyertai. Panggilan video ini boleh juga digunakan untuk tujuan mesyuarat. taklimat ringkas, pembelajaran atas talian, aktiviti santai bersama rakan rakan, keluarga atau sebagainya.  

Namun, fungsi tambahan video call di whats app ini tidak dapat dijalankan sebelum anda dan rakan rakan mengemaskini aplikasi ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum memulakan video call ialah masing masing perlu mengemaskini (update) aplikasi whats app di telefon mereka terlebih dahulu, jika ada antara ahli yang masih belum kemaskini aplikasi tersebut, maka komunikasi video call tidak akan berjaya di lakukan, sila pastikan lapan orang termasuk andamengemaskini whats app, selepas semua telah mengemaskini, maka, lakukan panggilan video seramai 8 orang, berbual lah sambil bergelak tawa seperti esok tiada lagi. Mari kita lihat cara cara untuk mengemaskini aplikasi Whats App di telefon masing masing di bawah ini ;

iklansafirulamardelivery

Video Call 8 Orang di WhatsApp Sudah Bisa Digunakan

Maklum lah, sepanjang waktu tempoh perintah kawalan pergerakan ini, pergerakan kita masing masing terbatas hanya bergerak dalam radius tertentu yang di tetapkan pihak berkuasa, masing masing kena duduk di rumah diam diam, keluar hanya bila perlu sahaja. Jika ada waktu terluang di rumah, di sarankan menggunakan teknologi dengan sebaik yang mungkin. manfaatkan teknologi dan timba lah ilmu pengetahuan. Fungsi video call di whats app, kali ini lebih seronok sebab ramai yang boleh join masuk barulah lebih meriah, lupakan sekejap kebosanan melampau di rumah, Jom berinteraksi dan kemaskini whats app anda dengan segera, Whats App kini sudah boleh membuat Video Call Seramai 8 Orang . 

Whats App Video Call Seramai 8 Orang

Sebenarnya banyak saluran dan cara untuk membuat panggilan video selain dari aplikasi whats app, kebiasannya untuk tujuan pembelajaran atas talian atau mesyuarat, boleh guna zoom ataupun google meet, saluran yang lain untuk membuat video call antaranya seperti Zoom, Google Meet, Duo. Jitsi, Hang Outs dan sebagainya, Apa pun terpulang kepada korang semua, gunakanlah teknologi dengan sebaik yang mungkin.

6 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. sekarang memang semakin mudah cara nak berkomunikasi =)

    BalasHapus
  2. Mmg tepat pada masanya.. senang nk videocall dgn famili member yg lain musim PKP ni.. hehehehe

    BalasHapus
  3. Ilmu baru ni boleh manfaatkan teknologi ni

    BalasHapus
  4. Dah boleh masuk semua adik beradik. Hehe

    Selamat Hari raya Safirul. ^^

    BalasHapus
  5. Setakat dah try Zoom & Webex. Both dari phone je. Dan betul penat pegang phone tanpa tripod 😅

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.