banner_blog2020 (3)

18 Jul 2020

Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera

Topik kali ini, adalah untuk memberitahu Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera, amat mudah, hanya perlu mendaftar terlebih dahulu maklumat perniagaan dan alamat perniagaan, seterusnya sistem akan automatik membina QR Code premis kepada anda, sesuai di gunakan untuk tujuan perniagaan dan di musim pandemik virus Covid ini.

Sebenarnya aplikasi My Sejahtera ini adalah sebagai opsyen dan bukanlah merupakan kewajipan Aplikasi ini dapat memberikan maklumat yang tepat secara atas talian, mudah dan pantas, tidak perlu lagi melakukan sentuhan secara fizikal seperti menulis buku menggunakan pen. Boleh juga menggunakan kaedah konvensional yang lain ataupun aplikasi yang lain seperti Google Forms atau sebagainya. Elakkan bersentuhan dan manfaatkan teknologi dan ke arah norma baru.

Tahun 2020 ini memang sukar dan mencabar, walaupun peratus di jangkiti itu menunjukkan 1 angka, Harus di ingat, Covid itu masih ada, dan sentiasalah berwaspada, jangan leka, elakkan dari bersesak beratur semata mata untuk menulis maklumat di buku, amalkan penjarakan 1 meter, sarankan agar menggunakan aplikasi My Sejahtera. Langkah nya sangat mudah hanya ikuti langkah demi langkah yang di tunjukkan.

Selari dengan keadaan norma baru, harus di ubah mentaliti dan kena push technology update ke arah yang lebih baik sebenarnya dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Ok mari kita lihat bagaimana untuk membuat QR Code My Sejahtera,  Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera di bawah ini ;

Pertama sekali, di sarankan agar menggunakan Dekstop View seperti gunakan Komputer atau laptop untuk mendaftar di SINI . Buat pendaftaran premis perniagaan terlebih dahulu, boleh lihat Gambar 1A iaitu Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera seperti yang di tunjukkan di paparan bawah ini,
Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1A
Seperti yang di paparkan di Gambar 1A di tunjukkan di atas, ada dua cara untuk mendaftar iaitu melalui nombor telefon (1) dan melalui emel (2).

Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1B
Seperti gambar yang di tunjukkan di Gambar 1B di atas, saya menggunakan akaun emel google mail yang telah di daftarkan sebelum ini untuk mendaftar akaun my sejahtera, kerana di tutorial ini, nombor telefon saya tidak boleh di gunakan lagi, kerana telah di gunakan untuk mendaftar akaun my sejahtera syarikat saya, jadi saya menggunakan akaun email untuk mendaftar aplikasi My Sejahtera ini.

Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1C

Selepas melakukan proses seperti di Gambar 1B, proses seterusnya (lihat Gambar 1C) akan di paparkan untuk proses verification melalui emel anda. Korang perlu ke alamat emel yang di daftar kan itu, pergi pada inbox dan tekan sekali pada url yang di hantar untuk tujuan pengesahan. Boleh lihat di Gambar 1D yang di paparkan di bawah  (URL LINK dari my sejahtera untuk pengesahan) ;


Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1D

Selepas melakukan pengesahana (lihat Gambar 1D) ,  anda akan di bawa ke bahagian Company Profile, di sini lah anda perlu memasukkan maklumat syarikat, perniagaan anda seperti Nama perniagaan, nama syarikat, alamat, poskod dan sebagainya. 
Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1E

Selepas mengisi maklumat perniagaan, sila tekan butang Submit.


Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera
Gambar 1F
Selepas tekan butang submit itu, alhamdulillah, My Sejahtera akan mengeluarkan Qode.Selepas itu anda boleh mencetak, dan muat turun dalam bentuk PDF file dan meletakkan Qode tersebut di hadapan pintu masuk perniagaan anda dan hanya perlu bawa smartphone masing masing, dan imbas (scan) sahaja, isi maklumat yang di perlukan seperti Nama dan Nombor telefon,

Kelebihan lain My Sejahtera ini, ialah anda boleh menikmati wang tunai RM 50 yang di berikan kerajaan yang boleh di tebus di aplikasi My Sejahtera ini. Harap perkongsian mengenai Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera ini dapat membantu anda.  

Anda Mungkin Meminati :

5 komentar:

  1. Mrs. A pun lebih suka guna apps my sejahtera ni so takyah lagi tulis no phone kat buku. Awal-awal dulu tulis kat buku malam tu macam-macam iklan pinjaman wang dapat huhuhu...
    Tapi RM50 tak dapat pun lagi

    BalasHapus
  2. terima kasih atas ilmu cikgu =)

    BalasHapus
  3. singgah sini

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasHapus
  4. wow sangat bagus perkongsian ni.. tq

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih