blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

9 Jul 2020

Niat Yang Baik, Pengakhiran Yang Baik

Bila semakin berusia, hanya mampu membaca komen komen di media sosial sahaja, tak membalas komen sebab kenyataan yang di posting pun berbaur politik, kalau setuju pun hanya tekan butang like sahaja, bosan juga bila buka media sosial je, kisah politik yang tak habis habis, politik kebencian dan kenyataan yang tak berpijak di bumi yang nyata, semua orang berkongsi berita yang tak penting dalam masa yang sama meninggalkan ilmu yang berguna seperti technology update dan ICT dan boleh membuatkan terhakis nilai nilai dan akhlak (moral) pengguna media sosial itu sendiri.

Bangsa kita terutamanya terlalu fokus pada politik dan kuasa sedangkan kekayaan ilmu itu sendiri semakin jauh ketinggalan, tidak salah dalam berpolitik, kalau mahu berpolitik biarlah cukup ilmu di dada agar dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing masing. 



Lumrah seorang manusia, semua mahu tunjuk hero untuk memperlihatkan siapa yang lebih bagus, mula lah dengar cerita baru muncul, hilang, dan keluar gua, lompat sana sini, Sedangkan pada hakikatnya, politik itu sendiri budayanya bersifat jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, pegang lah kata kata ini, Niat yang baik, membawa kepada pengakhiran yang baik. Jangan memilih milih dalam memberi bantuan, kalau masih lagi memilih milih penerima, jangan cerita pasal jaga rakyat, itu bukan jaga rakyat, itu jaga kroni.


Berpolitik tidak salah, asalkan hormat dan menghormati dan jaga hakiki jawatan itu sendiri, kalau rakyat di cawangan pun tidak mampu nak jaga, still dependend on someone to growth up your career, janganlah cerita pasal pengorbanan 22 bulan, bulan dan bintang bagai, kerana dalam tempoh itu, semua duduk diam diam tak buat apa melainkan menumpang isu isu yang sengaja di besar besarkan dan mengambil kesempatan dari kesilapan yang di lakukan oleh parti lawan kerana lack of knowledge. Apa yang bermain di minda belia pun tidak boleh nak faham, elok lepaskan jawatan tu, beri lah pada yang lebih layak. Berpolitik bukan hanya sekadar suka suka dan syok sendiri. Kena faham apa yang rakyat mahukan untuk tambah nilai.


Niat yang baik, membawa kepada pengakhiran yang baik. 

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih