Pagi ini berkesempatan menghadiri Ceramah Agama Mingguan bertempat di Auditorium Kompleks Seri Negeri, Ceramah Agama Mingguan ini bertajuk Dosa Dosa Yang Tidak Terampun, memang banyak juga ilmu yang di perolehi dari ceramah agama mingguan ini. Rasa bertapa kerdil nya diri ini, betul apa yang para cendekiawan pernah berkata 'Semakin banyak yang kita belajar, maka semakin banyak yang kita makin tidak tahu'. Allahuakhbar

Ceramah agama mingguan ini di sampaikan oleh Ustaz Azli bin Khalid, bersemangat saya bangun di awal pagi semata mata untuk ke program ilmu ini, tujuan utamanya adalah untuk merehatkan diri dan minda kerana kesibukan tugas di tempat kerja, dalam masa yang sama banyak juga ilmu berguna yang di perolehi. Untuk makluman, pernah pergi ke ceramah agama sebelum ini, boleh lihat di sini

Dosa Dosa Yang Tidak Terampun

Kandungan ceramah lebih memfokuskan kepada tajuk utama iaitu jenis jenis 7 dosa yang tidak terampun, antara dosa dosa yang tidak terampun itu ialah seperti, membunuh orang tanpa hak, menuduh perempuan solehah berzina, meninggalkan medan perang, makan riba, makan duit anak yatim, Sihir menyihir, dan yang paling besar dosa tidak mendapat keampunan dari Allah adalah Dosa Syirik. 

Adakah secara sengaja atau tidak kita tergolong dari salah satu jenis jenis dosa yang di nyatakan, kadang kadang terfikir ada di antara salah satu dosa yang nyatakan itu, menjadi budaya turun temurun  tradisi di dalam masyarakat iaitu sihir menyihir, meminta pertolongan jin menganiaya orang yang hendak di sihir, memohon pertolongan bomoh, memasang tangkal azimat serta kufur nikmat (tidak bersyukur) dengan apa yang di kurniakan oleh Allah. Berubahlah dari hari ke hari, tawakal dan berserah kepada Allah. Dalam diam diam tak sedar, kita mungkin terjerumus ke dalam aktiviti aktiviti yang berdosa dan lagi teruk, dari (7) Tujuh Jenis Jenis Dosa Yang Tidak Terampun. Bunuh orang (tanpa haq) pun tergolong di dalam salah satu dosa besar yang tidak terampun oleh Allah, dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu membunuh dengan Haq dan tidak haq. Membunuh dengan Haq itu, adalah hukuman yang di putuskan oleh pihak pemerintah atas kesalahan berat yang di lakukan sebelum ini, sebagai contoh Murtad. 


iklansafirulamar

Ada juga jenis dosa yang perlu di selesaikan sendiri antara manusia, antaranya dosa mengumpat, jika boleh dan selagi hidup, pergi la meminta maaf, mohon keampunan agar di maafkan, takut nanti merangkak mencari orang yang di umpat di padang masyar. Selagi tidak mendapat kemaafan, selagi itu lah berdosa. Harap minggu depan, dapat lah hadir lagi ke Ceramah Agama Mingguan ini lagi, memang sangat bermanfaat. Terbaik kepada pihak penganjur

“Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Beliau menjawab, “Syirik kepada Allah; sihir; membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan haq; memakan riba; memakan harta anak yatim; berpaling dari perang yang berkecamuk; menuduh zina terhadap wanita-wanita merdeka yang menjaga kehormatan, yang beriman, dan yang bersih dari zina.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.