Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog ini, di harapkan semuanya sihat, moga kita semua di lindungi Allah dari sebarang penyakit berjangkit berbahaya seperti Covid-19. Dalam kesibukan kita bekerja seharian, elakkan dari berada di tempat yang sesak dan sempit, dan patuhilah SOP seperti pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal. 

Ok la nak cerita sikit pasal blog ini, selepas customize template menggunakan inspect element, akhirnya berjaya mengubah apa yang perlu agar tidak terlalu basic (default) dengan mengubah warna header, menukar logo dan berberapa fungsi. Puas juga memikirkan tema apa yang sesuai dengan template ini, dan akhirnya memilih tema JDT, haha, konsep gabungan merah dan biru, mungkin ada kisah di sebalik dua warna tersebut, kisahnya, saya membesar di segamat johor ketika di bangku sekolah, fungsi inspect element memang sangat penting untuk kita menjejaki koding di template web atau di blog, cara untuk menggunakan fungsi Inspect Element ialah dengan tekan kanan (right-click) pada mouse, seterusnya pilih inspect element, untuk megetahui lebih lanjut, boleh lah korang melihat cara cara nak inspect element dan fungsinya.

Mengubah Template Baru Melalui Inspect Element

Font bagi header logo blog ini, saya menggunakan font Planet Kosmos, boleh cari di google, taip sahaja font planet kosmos, dan copy seterusnya tampal atau drag ke dalam font di control panel PC atau laptop korang. Boleh lihat Cara Cara Install Font.

Namun, bagi komputer dengan versi baru iaitu Windows 10, caranya agak berbeza sedikit dengan versi sebelum ini dan agak lebih mudah, buka control panel dan pergi ke font, korang hanya perlu drag (seret) font kedalam kotak yang di sediakan atau boleh salin dan tampal font tersebut. Lihat gambar di bawah ini ;

Mengubah Template Baru Melalui Inspect Element

Dalam sibuk mengubah warna dan inspect element, terlepas pandang pula untuk blogwalking menjengah blog rakan rakan, cari juga blog list di blog ini, tapi tak jumpa, haha oh, rupa rupanya di template baru kena set semula, aduh kena masukkan semula nama blog rakan rakan, setakat ini hanya berberapa blog sahaja yang sempat di masukkan, itupun kerana mereka meninggalkan jejak di ruangan komen. 

Kepada pembaca atau rakan rakan bloggers yang ingin meletakkan blog korang di dalam blog list saya ini, korang boleh lah meninggalkan jejak di ruangan komen entri ini, tapi dengan syarat, jangan lah meletakkan hyperlink url aktif, cukuplah sekadar melengkapkan profile anda dengan url blog masing masing, saya akan melihat melalui profil korang. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.