Di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, hampir kebanyakan rakyat berhempas pulas mencari pendapatan dan tak kurang juga ramai yang mengalami masalah ekonomi di mana pendapatan terjejas dan hilang pekerjaan ekoran dari penularan gelombang ke-tiga pandemik Covid-19. Tempoh Moratorium pula telah tamat, memang sangat kesempitan jugalah, termasuk diri saya sendiri, kalau nak beli barang kehendak pun, terpaksa fikir dua kali jugalah.  

Pada minggu ini di negeri Melaka, ramai jugalah yang kena tindakan kompaun dari pihak keselamatan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak mendaftar dan menulis di buku apabila masuk ke premis perniagaan (Check-In) dan tidak memakai pelitup muka, Allahuakhbar, bagaimana lah perasan mereka yang di kompaun tu, dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kena saman RM 1000.00 pula tu, Besar juga jumlah tu, boleh beli barang dapur penuh dua troli. 

Tadi tengahari seorang rakan kena saman kompaun parking dengan Majlis Perbandaran, kena saman bukan sebab tidak patuh SOP kesihatan, tapi kena saman sebab parking di luar kotak parking yang di sediakan, haha, lain kali parking la di dalam kotak. Banyak pula tu amaun dia, RM 100.00, pening rakan mengenangkan nasib buruk yang tak sudah. Sudah jatuh di timpa tangga pula, kata rakan tersebut.

Kalau kena tindakan kompaun kena bayar cepat, kalau tidak nilai saman akan meningkat sebab akan di denda selepas 14 hari dan jika masih tidak jelaskan lagi, kena naik mahkamah majlis.  

Ok, fokus pada masalah dan penyelesaian, rakan tersebut terus cuba hubungi pihak majlis untuk mendapatkan pengurangan kompaun parking, Setelah hubungi pihak Majlis, maka dapatlah pengurangan sebanyak 50% tapi kenalah datang di kaunter di pejabat, kalau nak dapatkan pengurangan kompaun parking sebanyak 70%, kena buat Pembayaran Kompaun Parking Di Kaunter Van Bergerak. Oh ok, baru tahu boleh dapat pengurangan lebih 50%, tapi kan? di mana lokasi van bergerak tersebut ? Boleh lihat gambar di bawah ini ;

Lokasi Van Bergerak MPHTJ

Sebelum ini, parking percuma hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja, bila tukar kerajaan yang baru, hari parking percuma letak kereta telah di ubah kepada hari isnin dan selasa, kalau tak pakai kupon parking pada hari isnin pun tak apa, sukahatilah, tapi jika kesalahan parking di luar kotak, akan di denda kompaun sebanyak RM 100.00, haha, ramai juga yang 'terkena' dan mengeluh, ingatkan percuma sepenuhnya, ada tapi tu yang tak tahan. haha. 

Pengurangan Kompaun Parking Di Kaunter Van Bergerak

Jika korang berhajat untuk ke Melaka pada hujung minggu mahupun di waktu hari bekerja (weekdays), jika kena saman dan inginkan pengurangan kompaun parking sebanyak 70%,  boleh la membayar kompaun di kaunter van bergerak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya seterusnya mendapat pengurangan. Untuk makluman juga, lokasi van bergerak ini, berada di lokasi yang berbeza setiap hari. Senang hati rakan, hanya bayar RM 30.00 je. 

Ini bukan penguranan kompaun polis trafik atau Jpj tau, ini pengurangan Kompaun Parking Letak Kereta Majlis Perbandaran.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.