Sandwich memang sedap di makan tak kira waktu, sama ada waktu sarapan pagi atau tengahari dan boleh juga di makan ketika waktu malam seperti saya haha sebagai alas perut bagi mengantikan nasi. Dengan ramuan yang cukup padat seperti daging, ayam dan sayur sayuran seperti tomato, telur dan sebagainya, memang cukup padu wei kalau di gandingkan dengan air fresh oren, hihi, 

Ok artikel kali ini, nak review sikitlah pasal makanan viral iaitu Sandwich dari Zanwich. Sedap ke Sandwich dari Zanwich ni ? Di pendekkan cerita, Hurm, hari tu, ketika negeri Melaka panik dengan isu Covid-19, sebab ada ahli politik yang baru pulang dari tempat berisiko tinggi, risau jugalah nak makan di luar, yelah risau, mana tahu ada yang langgar SOP keluar membuat kerja politik walaupun memakai gelang pink dan keluar rumah berlegar legar minum dan makan ketika dalam tempoh kuarantin.

Untuk langkah keselamatan, lebih baik tidak keluar buat sementara, ingat nak makan di luar, tapi kali ini, lain dari kebiasaan, tempah makanan atas talian sahaja, mungkin itu lebih mengurangkan risiko dari terkena jangkitan Covid-19,  dan di pendekkan cerita seperti pucuk di cita ulam mendatang, tiba tiba masuk satu iklan makanan melalui whats app dari Zanwich. Fuh amat menyelerakan.

Sandwich Melaka Sedap dan Terbaik Dari Zanwich

Kelihatan seperti Sandwich Sedap dan Terbaik di Melaka. Geram pula tengok sayur salad dan tomato yang fresh segar dalam iklan, kalau tempah makan dekat pejabat diam diam, pun elok juga ni. 

Sandwich Melaka Sedap dan Terbaik Dari Zanwich ? terleleh pula air liur ketika melihat sandwich, hurm harganya ? oh ok lah murah la juga, di dalam kotak bersaiz medium ada 13 keping sandwich di dalam tu, Memang terbaik, sekali sekala tukar selera makan sandwich pun sedap juga, menyihatkan juga, ada sayur, inti ayam dan daging, telur pula tu, fuh memang padu. Tapi pada kali ni, saya tak tambah cheese sebab tak berapa gemar. Ok, jom tengok gambar sandwich Zanwich di bawah ini, sedap kan ?

Sandwich Melaka Sedap dan Terbaik Dari Zanwich

Pada hari itu, saya menempah dua kotak medium Fiesta Box yang di dalam nya ada pelbagai perisa campuran seperti ayam, daging dan telur, lebih 'untung' kerana semua dalam satu kotak, Sebenarnya tak habis pun saya makan hari tu, baru makan 4 keping, dah kenyang, gemuk gemuk pula sandwich tu, dengan inti ayam dan daging yang banyak, memang korang semua patut cuba rasa sandwich ni, berbaloi.
   
Sandwich Melaka Sedap dan Terbaik Dari Zanwich

Ada berbagai bagai inti perisa seperti tuna, daging, ayam mahupun telur, boleh juga tambah cheese bagi pengemar Cheese. Untuk makluman korang, lokasi perkhidmatan Sandwich Zanwich ini adalah di sekitar negeri Melaka, Jom lah tempah Sandwich Melaka Sedap dan Terbaik Dari Zanwich. Comfirm korang puas hati, duduk pejabat diam diam, jangan keluar, makan Sandwich dari Zanwich je, kalau penghantaran, akan di kenakan tambahan Cas dalam RM 3 atau RM 5.00 bergantung kepada jarak lokasi yang nak di hantar. 

Untuk makluman lanjut seperti melihat kataloq, senarai harga, membuat tempahan tempahan atau pertanyaan, korang boleh berhubung secara terus dengan Puan Jaja di talian , 017-6650610 atau boleh whats app di SINI . Serius sedap wei, inilah Sandwich yang benar benar sedap dan terbaik di Melaka.

Saya dah beli dan rasa, kalau sedap sudah pasti saya akan buat review, jarang sandwich sedap macam ini. Produk anak tempatan negeri Melaka. Bagus di kembangkan dan teruskan usaha. Tak perlu risau nak keluar makan tengahari lagi, kalau keluar makan, risau bersesak sesak di kedai makan, kalau di kedai makan, ramai yang membuka mask, hanya pilih jenis sandwich, tempah dan bayar sahaja pada Zanwich. Jom makan Sandwich Sedap dari Zanwich. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.