Sudah hampir dua bulan saya tidak terima bil air di rumah, pening jugalah, pada kebiasannya bil air akan sampai semua bil termasuk bil bil lain seperti bil elektrik, unifi di rumah, tapi sejak akhir akhir ini, bil air tak sampai pula dekat rumah, yang pelik, tiada pula notifikasi pemberitahuan yang bil air kini boleh didapti dan boleh semak bil amaun secara atas talian (online), maka dengan itu, saya mengabaikan sahaja lah bayaran untuk bil air, hehe selagi air masih mengalir, itu sudah di kira baik la tu, kalau dah macam tu, memang tak bayar la, yela macam mana nak bayar, kalau tak tahu berapa jumlah amaun yang perlu di bayar? haha.

Ke arah tujuan penjimatan dan tanpa kertas (paperless) berkemungkinan pihak syarikat air melaka mencari alternatif bagaimana untuk mengurangkan kos operasi seperti kos mencetak bil atau kos tenaga manusia untuk menghantar bil bil. Kaedah yang paling terbaik dan berkesan adalah mendigital perkhidmatan. Memang langkah terbaik di saat negara di landa gelombang ke tiga pandemik Covid-19, tidak perlu lagi beratur panjang atau menunggu lama di kaunter, semata mata untuk menyemak atau membayar bil air, hanya melalui atas-talian sahaja. Hanya di hujung jari..

Baru selesai membuat semakan bil air secara atas talian, dan penduduk melaka yang ingin membuat semakan bil air korang, boleh menyemak di SINI. Hanya perlu masukkan 16 digit nombor akaun bil air anda seterusnya tekan butang kanta untuk menyemak. Ok, jom Semak dan Bayar Bil Air Di Melaka.

Semak dan Bayar Bil Air Di Melaka

Selepas membuat semakan bil air, macam mana nak membuat pembayaran bil air korang? korang boleh menggunakan aplikasi JomPay di Maybank2u, caranya  dengan login Maybank2u. Seterusnya pergi ke Account & Banking, lepas tu pergi Bill Payment, dan cari Jompay. Pilih Make One-Off Payment, seterusnya masukkan Biller-Code iaitu :1800 ,  dan kemudian di Ref-1 (refference) , letakkan 16 digit nombor akaun air anda, manakala di Ref-2 tu kosongkan, tak perlu tulis apa apa, kalau nak tulis nama pun ok rasanya, yang penting, pihak Syarikat Air Melaka dapat mengenalpasti bayaran tersebut atas nombor akaun pembayar, cukuplah dengan meletakkan nombor akaun bil air anda sahaja.

Alhamdulillah, saya sudah membayar bil air, lega rasanya, selagi tak bayar, selagi tu lah rasa tak tenang, mandi tak basah, haha. Bila tiba hujung bulan, banyak banyak bil yang datang, bil pertama yang seronok di lihat ialah bil air, sebab biasanya tak lebih dari RM 35.00 , berbanding dengan bil bil yang lain yan mencecah ratusan ringgit. Fuh.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.