Kepada rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Perihatin Nasional (BPN) pada hujung bulan oktober 2020 ini, sudah pasti sedikit sebanyak memberikan sedikit kemanisan hidup serta mampu membuat penerima tersenyum buat seketika, sekurang kurangnya dapatlah meringankan sedikit sebanyak beban seisi rumah akibat wabak pandemik membahaya Covid-19 yang melanda Negara kita sejak bulan Mac 2020.

Wang Bantuan Perihatin Nasional (BPN) ini akan mula di kreditkan ke dalam akaun penerima secara automatik bermula pada 19 Oktober 2020 mengikut bank, status jumlah wang Bantuan Perihatin Nasional (BPN) ini boleh semak di SINI. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan sahaja.

Berjimat cermat lah dan jangan seronok sangat berbelanja sakan seperti hari esok tiada lagi, beli apa yang perlu, dahulukan barang keperluan asas yang lebih penting dari barang kehendak, kerana kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang kritikal di mana harga barang melebihi pendapatan. Ekonomi rakyat terkesan dan terjejas, di mana banyak premis perniagaan terpaksa di tutup kerana gelombang ke tiga yang semakin merebak dengan meluas sehinggakan jumlah jangkitan mencecah sehingga tiga (3) angka. Rakyat mula risau dan panik, ada juga yang tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup, diberhentikan kerja dan sebagainya. Allahuakhbar, begitu hebat dugaan yang menimpa rakyat Malaysia. Berikut di lampirkan status pembayaran Wang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 mengikut Bank.

Status Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN)
 
Tahniah kepada yang menerima wang Bantuan Prihatin Nasional 2.0, terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia kerana amat memahami keluh kesah rakyat, apa yang rakyat mahukan, dalam sibuk menunggu wang bantuan prihatin nasional 2.0 ini,  tiba tiba teringat zaman eWallet RM 30.00 di zaman 22 bulan. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar