Setelah sekian lama saya tidak bersukan secara fizikal, hampir dua tahun lebih rasanya tak pegang raket badminton dan akhirnya terjebak menjadi muda mudi kembali, malam tadi meluangkan masa bermain badminton bersama rakan rakan pejabat di Dewan Bukit Beruang Melaka, pada mula nya malas juga nak keluar rumah sebab kes jangkitan Covid di Melaka agak meningkat sedikit namun hanya di berberapa kawasan sahaja seperti di dun Ayer Molek dan Batu Berendam. Namun setelah di beritahu, bermain di dewan tertutup dan kawasan yang tidak bersesak sesak, barulah setuju untuk bermain badminton.

Alhamdulillah pasukan kami dari Jabatan Teknologi Maklumat telah memenangi perlawanan badminton persahabatan antara jabatan, kami menang bergaya dengan agreget 2-0 pula tu, teringat ketika di zaman kegemilangan semasa muda mudi dahulu. Nampak gayanya saya kena mula aktif kembali, baru ada stamina dan sihat, Haha, seronok dan penat juga bersukan, dapatlah keluar kan peluh, 

Bermain Badminton Bersama Rakan Sekerja

Kali terakhir bersukan bersama rakan rakan sekerja ialah pada tahun 2017 kalau tak silap saya lah, boleh lihat di Sini . kena jadikan aktiviti mingguan supaya kembali cergas dan berstamina kembali. Akibat dari lama tak bersukan, ketika menulis artikel ini, seluruh badan sakit dari tangan hingga ke kaki, perkara biasa berlaku apabila lama sangat tak bersukan, dan yang paling gembira sekali, apabila tidur, mula nyenyak di tambah lagi dengan cuaca yang redup, hujan dan sejuk di waktu malam, fuh memang menyamankan. Sebelum ini, agak susah nak tidur di waktu malam, mungkin banyak toksik dalam badan. 

Dalam kesibukan kita bekerja, sekali sekala kena luangkan masa juga untuk bersukan, bukan lama pun, dalam satu atau dua jam pun sudah memadai, Memang di akui, dalam situasi negara kita di landa wabak pandemik Covid-19 ini, pergerakan di luar mungkin agak terbatas, namun janganlah pula kita mengabaikan pelindung keselamatan seperti sanitizers dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Bermain Badminton Bersama Rakan Sekerja

Meriah jugalah dewan badminton ini dengan gelak ketawa walaupun di dalam dewan tertutup dan jumlah pemain yang tidak ramai, dan yang paling mengembirakan, pasukan saya (Jabatan Teknologi Maklumat) memenangi perlawanan dengan bergaya, itupun selepas memprovokasi lawan sehingga mental mereka koyak. Haha. 

Prinsip hidup saya, lakukan lah sesuatu pekerjaan walaupun aktiviti apa sekalipun yang kita menyertai dengan bersungguh sungguh, kalau main, main betul betul, kalau bekerja, bekerja lah bersungguh sungguh. Insha Allah kita akan mengecapi kebahagiaan yang sebenar. Jangan la pula acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.