Ini adalah tutorial bagaimana untuk membuang link module vinora, link tersebut akan di paparkan bersama module tersebut apabila kita muat turun module Vinaora tersebut. Untuk makluman, aplikasi Joomla adalah sebuah aplikasi yang berasaskan Content Management System (CMS) yang di reka khas untuk membangunkan laman web.

Antara CMS popular lain yang sering di gunakan ialah seperti Wordpress dan Drupal. Pendapat saya, saya lebih selesa dengan Joomla kerana Joomla adalah lebih user-friendly (mesra pengguna) dan komuniti penggunaanya sangat luas dengan beribu plug-ins module yang percuma tersedia boleh di dapati di joomla extensions untuk boleh di muat turun. Mari kita belajar Cara Cara Membuang Vinaora Visitors Counter link, modul vinaora ini adalah modul plug-ins yang di gunakan untuk memaparkan statistik pengunjung laman web.

Cara Cara Membuang Vinaora Hyperlink

Langkah yang pertama, sila buka administrator melalui pelayar web seperti Chrome atau mozilla firefox, kemudian taip localhost/ nama folder web korang seterusnya tulis administrator , sebagai contoh : localhost/namafolderweb/administrator

Login ke dalam Administrator anda dan masukkan maklumat username dan password korang, selepas itu, pergi ke menu Extensions dan pilih Module, cari modules statistik yang telah korang install sebelum ini di dalam content management system (CMS).

Cara Cara Membuang Vinaora Hyperlink
Langkah seterusnya,  di bahagian Show Visitor's IP dan Now is sila letakkan nombor 0, kemudian tekan butang Save and Close. Untuk langkah yang terakhir sekali bagi cara cara membuang visitors counter link ialah, pergi ke folder laman web korang di htdocs, kemudian ke folder modules dan cari folder mod_vvisit_counter dan seterusnya buka fail mod_vvisit_counter.php . 

Kalau nak melihat cara cara untuk preview module positions di joomla, boleh lihat di SINI . 

Cara Cara Membuang Vinaora Hyperlink
Buka fail mod_vvisit_counter.php. dan cari koding ini echo base64_decode($params->get('home')); dan gantikan dengan koding ini echo"</div>"; 

Selepas itu sila refresh web browser anda dan lihat hasilnya. Tutorial cara cara membuang link visitors counter ini hanyalah untuk modul bagi Vinaora Counters sahaja, setiap fungsi modul berbeza beza settingnya, kaedah ini adalah sebagai rujukan saya dan semua pengguna joomla terutamanya. Semoga berjaya semua.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.