Sebagai pembangun laman web (web developers) anda memerlukan sebuah aplikasi seperti web server sebagai permulaan untuk membangunkan sebuah laman web secara offline (localhost). Perisian Web Server di gunakan untuk menguji laman web secara offline dan menjadikan laptop atau komputer server sementara sebelum meletakkan laman web itu di hosting server yang lengkapi dengan alamat domain (online).
Jika anda yang berminat ingin mempelajari selok belok pengaturcaraan seperti HTML atau PHP , anda memerlukan perisian web server sebagai localhost untuk anda membuat pengujian, melihat hasil rekabentuk laman web , apa yang anda lihat di localhost (offline web server) itulah yang anda akan lihat hasilnya di online kemudian nanti. Ada banyak perisian web server antaranya seperti Xampp, Wamp, Appserve dan sebagainya, konsep dan tujuannya sama, di gunakan untuk pengujian secara local server (offline) sebelum di online kan.
Bagi panduan cara memasang (installasi) web server, korang boleh menggunakan Xampp, dengan menggunakan XAMPP kita boleh membuat web server sendiri pada komputer atau laptop yang kita gunakan untuk membuat sebuah aplikasi web seperti Joomla ataupun Wordpress. Apabila membuat web server sendiri di komputer atau laptop, istilah yang di gunakan sebagai offline web server ini adalah Localhost , sebagai contoh, localhost/namafolderweb ataupun localhost/phpmyadmin . Ok jom kita lihat Cara Cara Untuk Install Web Server Xampp di bawah ini.
Untuk memuat turun perisian aplikasi web server Xampp, anda perlu pergi di
SINI . Pergi ke bahagian download di dan pilih platform operating system komputer anda, jika windows, pergi ke bahagian windows, jika sebaliknya, pilih mana yang berkaitan (linux atau OS X).
Ikuti langkah langkah installation seperti biasa sama proses installasi bagi aplikasi yang lain lain, tekan butang next dan location folder seharusnya di C:/ drive. Jika telah berjaya di install, anda akan dapati folder Xampp di C fail anda. Buka folder Xampp tersebut, dan anda akan lihat folder seperti htdoc (lihat gambar yang paparkan di bawah)
Anda perlu meletakkan folder laman web yang korang telah bangunkan di dalam C:/xampp/htdocs , dan cara untuk membuka laman web secara offline (localhost) korang ialah pergi ke web browser seperti chrome atau firefox, taip localhost/namafolderweb . Tapi, sebelum itu, buka dahulu Xampp control panel dan pastikan start Apache dan MySql terlebih dahulu . Boleh lihat di
SINI .
Jika anda ingin membangunkan laman web menggunakan platform Joomla ataupun Wordpress, pastikan di folder htdocs, buat folder dan namakan folder itu sebagai contoh : mywebsite atau sebagainya. (rujuk gambar di atas). Seterusnya Extract file folder Joomla atau wordpress di dalam folder yang telah anda buat sebelum ini di htdocs / namafolderweb, selepas itu, buka mana mana pelayar web seperti Chrome, taip, localhost/namafolderweb dan mulakan installasi web (joomla atau wordpress).
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.